Lelaki Ini Beri Penjelasan Mengapa Garfu Melekat Di Lengan

Trending

Lelaki Ini Beri Penjelasan Mengapa Garfu Melekat Di Lengan

Angka jangkitan yang semakin meningkat menyebabkan orang ramai digalakkan untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 bagi mencegah simptom-simptom yang lebih teruk.

Kita boleh melihat kebanyakan masyarakat di Malaysia telah mendapatkan suntikan dan ada juga yang belum kerana masih menunggu tarikh melalui aplikasi MySejahtera.

Advertisement

4 years ago

Menteri Kesihatan 'Claim' Minum Air Panas Boleh Matikan COVID-19 Meskipun Dah Diklasifikasikan Sebagai Mitos

Namun, kebelakangan ini, muncul pula pelbagai isu yang melibatkan kesan suntikan. Ia bukanlah simptom seperti demam atau selsema, tetapi lebih mengarut daripada itu.

Garfu besi melekat selepas suntikan?

Selepas proses tersebut, pelbagai teori yang hadir termasuklah terdapat masyarakat yang meletakkan garfu besi sehingga mendakwa ada kesan magnet pada bahu mereka.

Pengendali akaun Facebook bernama Ajar berkongsi sejauh manakah kesahihan mitos yang hangat diperkatakan masyarakat itu.

Dia telah memuat naik video memaparkan eksperimen bagi membuktikan sama ada garfu besi mampu melekat atau tidak selepas disuntik.

“Sekarang ni tengah kecoh orang cakap tempat yang kita cucuk tu kalau letak garfu besi akan melekat.”

Hasil eksperimen, dia mendapati garfu ternyata melekat apabila diletakkan di bahagian bahu. Dia kemudiannya menggantikan dengan garfu plastik, hasilnya tetap sama. Bagaimana ianya terjadi?

Faktor daya geseran

Dia menjelaskan, apabila seseorang meletakkan garfu di lengan terdapat daya graviti dan juga daya geseran sentuhan antara garfu dan kulit.

garfu melekat

“Kalau korang perasan, garfu tersebut mempunyai struktur melengkung dan apa yang berlaku ialah ia menjadi seperti fulkrum.”

Menurut jawapan.net, fulkrum bermaksud suatu titik pada palang atau objek yang berfungsi sebagai pengimbang atau penyokong.

Bermakna ia bukan setakat ada pergerakan atas dan bawah, malah berlaku juga pergerakan putaran. Maka, garfu tersebut akan berputar pada fulkrum.

fulkrum

Jadi apabila garfu tersebut diletakkan di lengan, maka daya geseran tersebut semakin meningkat menyebabkan ia mampu kekal tanpa terjatuh.

Picit bahagian bawah lengan

Eksperimen seterusnya, lelaki ini cuba memicit lengan pada hujung garfu bagi membuktikan sama ada ia tetap kekal ataupun jatuh.

eksperimen garfu di lengan

Hasilnya, garfu itu jatuh disebabkan daya yang merintang pergerakannya sudah tiada. Yang tinggal hanyalah daya graviti menyebabkan ianya jatuh.

Eksperimen terakhir

Selain memicit, dia turut memotong garfu tersebut sehingga meninggalkan kepalanya sahaja bagi membuktikan adakah ia melekat disebabkan kesan magnet.

Tetapi hasilnya, garfu tersebut tetap jatuh. Maka dakwaan terhadap kesan selepas suntikan itu hanyalah mitos semata-mata.

Anda juga boleh menonton video penuh di laman YouTube Ajar.

Ajar juga merupakan saluran pendidikan gaya baru yang mengetengahkan pendidikan luar silibus selain turut memuat naik pelbagai video berkaitan sains bagi tatapan umum.

Perkongsian yang dibuat itu setakat ini telah mencapai lebih daripada 27,000 jumlah tontonan serta 3,300 tanda suka.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...