Tidak ada sesiapa pun yang suka dengan keadaan sekeliling atau persekitaran yang kotor dan penuh dengan sampah sarap. Bukan sahaja boleh mendatangkan bau yang busuk tetapi ia juga membuatkan pandangan sesuatu tempat itu menjadi jijik dan semestinya akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit kerana bakteria yang membiak serta kuman.
Baru-baru ini, seorang lelaki menerusi laman Facebook tidak dapat menahan rasa bengangnya lagi dengan sikap segelintir individu tidak bertanggungjawab membuang sampah merata-rata di destinasi tumpuan pelancong iaitu jeti Pulau Warisan River Cruise, Kuala Terengganu.
Foto sampah di sekitar jeti tersebut
Masalah mentaliti, kurang didikan sivik dan pemalas
Rata-rata netizen juga berang dengan sikap tidak bertanggungjawab itu yang boleh menjejaskan imej negeri Terengganu.
Tugas menjaga kebersihan adalah tanggungjawab kita bersama, memang benar ada pihak yang dilantik untuk membersihkan kawasan sekeliling tetapi tidak salah untuk kita mengubah tabiat untuk menjaga alam sekitar ini dengan baik.