Baru-baru ini, filem animasi Dongeng Sang Kancil yang diterbitkan oleh syarikat produksi Malaysia, Les’ Copaque Production, dengan kerjasama Astro Shaw, telah disiarkan di platform Netflix.
Baru-baru ini, seorang pengguna media sosial dari Indonesia membuat dakwaan bahawa kisah dongeng Sang Kancil itu diambil daripada warisan budaya negara mereka.
Individu tersebut mempersoalkan mengapa filem animasi Dongeng Sang Kancil yang dihasilkan oleh studio Malaysia dan ditayangkan di Netflix itu dilabelkan sebagai karya Malaysia, sedangkan menurutnya, kisah Kancil adalah warisan budaya Indonesia yang sudah tercatat sejak 1822 dalam Serat Kancil Amongsastra.
Jangan Biarkan Budaya Kita Jadi Milik Orang Lain!
Apa Masalahnya?
Film animasi “Dongeng Sang Kancil” produksi Malaysia tayang di Netflix dengan label “Malaysian”. Padahal, cerita Kancil adalah warisan budaya Indonesia yang tercatat sejak 1822 dalam Serat Kancil Amongsastra. pic.twitter.com/kn1tRdlqCi
— Ritchie (@ritchier2014) April 2, 2025
Menurutnya, ini bukan kali pertama budaya mereka dicuri oleh negara luar.
Sebagai hujah, dia mengemukakan beberapa alasan penting untuk mempertahankan warisan budaya tersebut. Salah satunya, dia percaya identiti budaya mereka akan hilang jika ia terus diambil oleh negara lain, menyebabkan generasi muda di sana lupa akan asal usul mereka. Selain itu, potensi ekonomi juga terjejas kerana karya budaya tempatan boleh dijadikan sumber pendapatan. Hal ini semakin jelas dengan kejayaan filem Dongeng Sang Kancil yang meraih kutipan box office sebanyak RM6.3 juta.
Dia juga mengakui bahawa kekurangan sokongan untuk industri animasi di Indonesia, seperti peralatan teknologi yang ketinggalan dan tiada peruntukan khas dari kerajaan, menjadi punca mengapa negara asing seperti Malaysia lebih dominan dalam industri animasi.
Menyusul dakwaan ini, warga netizen Malaysia tampil memberikan penjelasan untuk menyangkal tuduhan bahawa cerita rakyat ini diciplak dari Indonesia. Mereka menegaskan bahawa Hikayat Sang Kancil berasal dari Kepulauan Melayu, yang meliputi Indonesia dan Malaysia, dan rekod bertulis tertua berasal dari abad ke-19. Cerita ini, yang mungkin berakar dari tradisi lisan lebih awal, mencerminkan warisan budaya bersama di rantau ini.
Netizen juga menegaskan bahawa label Malaysia pada filem tersebut adalah kerana ia diterbitkan oleh syarikat produksi dari Malaysia, dan bukannya usaha untuk mengambil alih sejarah negara jiran, seperti yang didakwa oleh individu tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.