Lelaki Hampir Maut Akibat Paru-Paru Bocor Kerana Memakai ‘Mask’ Ketika Berjogging

COVID-19

Lelaki Hampir Maut Akibat Paru-Paru Bocor Kerana Memakai ‘Mask’ Ketika Berjogging

COVID-19 mula mengajar kita semua hidup dengan ‘kebiasaan baharu’ dan lebih sihat seperti menjaga jarak, mengelak dari bersentuhan dan memakai topeng muka apabila keluar dari rumah. Namun, sejauh manakah topeng muka boleh membawa kita jauh dari sebarang bahaya?

Baru-baru ini, seorang lelaki terpaksa menjalani pembedahan setelah mengalami kebocoran pada paru-paru ketika dia membuat larian sejauh 4km sambil memakai topeng muka di Wuhan. Lelaki yang berusia 26 tahun itu dikatakan telah dimasukkan ke Hospital Wuhan setelah dia mengalami sakit dada dan sesak nafas.

Advertisement

Untuk pengetahuan, kebocoran paru-paru ini lebih dikenali sebagai pneumothorax. Sekiranya ia berlaku, seseorang akan mengalami kesukaran untuk bernafas kerana paru-paru tidak dapat mengembang secara normal sehingga menyebabkan kekurangan oksigen dalam paru-paru.

Pneumothorax

Ia biasanya akan berlaku pada penderita asma, fibrosis kistik dan radang paru-paru sahaja. Namun, ia juga boleh menyerang mereka yang tidak mempunyai penyakit paru-paru yang jelas terutamanya lelaki yang mempunyai badan kurus, tinggi dan perokok.

Apabila ujian awal dijalankan, doktor mendapati bahawa paru-paru kiri lelaki tersebut telah mengalami tekanan sehingga 90% dan jantungnya pula telah bergerak ke bahagian kanan tubuhnya.

Advertisement

Difahamkan, lelaki yang lebih dikenali sebagai Zhang Ping itu sudah mula berlari pada 14 hari yang lalu, secara bertahap untuk meningkatkan jarak yang dilalui setiap larian. Dia juga dikatakan telah memakai topeng muka setiap kali melakukan larian untuk mengelakkan diri daripada dijangkiti.

Namun, pada khamis yang lalu Zhang dikatakan telah berhenti berlari kerana mengalami kesukaran untuk bernafas dan mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Oleh kerana keadaannya yang makin teruk, keluarganya membuat keputusan untuk terus menghantar dia ke hospital.

Pakar perubatan percaya bahawa keadaan ini mungkin berlaku berpunca daripada pemakaian topeng muka ketika membuat larian sehingga menyebabkan peningkatan tekanan secara tiba-tiba pada paru-paru lelaki itu. Keadaan Zhang kini dikatakan sudah semakin stabil.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...