Di Malaysia, sudah acap kali kita dengar mengenai golongan yang menyukai dan meminati pasangan sejenis. Bagaimanapun, sikap sesetengah dari mereka amat menjengkelkan sehingga membawa masalah kepada orang lain. Contohnya ialah apa yang berlaku pada lelaki dalam pengakuan di bawah.
Bersama kita ikuti pengalamannya tinggal dengan seorang pemuda homoseksual yang membawa kepada perlakuan yang boleh dikategorikan sebagai kegiatan jenayah.
Assalamualaikum. Aku rasa di sini patut aku luahkan dilema masa aku pengajian dulu. Aku baru saja habis pengajian di sebuah IPTA.
Aku nak cerita tentang ada seorang kawan aku ni, masa semester 4 kami tinggal di kolej, kawan aku ni nak kata dia pandai tak adalah sangat pun, tetapi masa pengajian aku tak faham aku selalu tanya dia.
Masa itu aku taklah perasan sangat perangai dia. Ada sekali tu dia pernah ceritakan masa dia di bilik air dia mengintai budak tandas sebelah sebab lama sangat,. Dia kata risau tentang bunyi air tapi pintu terkunci.
Dia tengok budak itu tengah ehem-ehem. Aku kata balik, faham-fahamlah apa dia buat di dalam itu. Yang kau sanggup pergi intai dia tu buat apa?
Kemudian masuk semester 5 kami pindah tinggal di rumah sewa. Masa tu aku tinggal sekali sebilik dengan mereka berdua.
Lama-kelamaan aku rasa ada yang tidak kena dengan perangai dia. Dia macam nak rapat-rapat dengan aku. Macam nak tahu sangat-sangat tentang hal aku dan apa yang aku buat.
Ada benda yang kita boleh kongsi dan ada benda yang kita tak boleh kongsi. Aku ni jenis tak suka orang yang suka duduk jaga tepi kain orang. Dia sibuk nak jaga tepi kain aku, nak tahu hal aku.
Ada sekali tu dia datang katil aku peluk aku. Kemudian aku rimas pergi lari bilik kawan aku. Dahlah dengan bau busuk dia tak mandi. Dia boleh peluk aku? Err..
Apa yang aku cari dalam laptop pun dia nak tahu.
Boleh kata dia nak tahu semua perkaralah tentang aku. Aku perasan dia selalu periksa history laptop aku. Nak jadi mata-mata, konon nak tengok apa yang aku cari.
Mungkinlah aku tengok laman web lucah ke, apa ke? Aku tahu tapi aku biarkan saja, dia ingat aku tak tahu apa dia usha di laptop aku? Hari-hari buka history masa aku tak ada. Sebab itu, aku tukar kata laluan laptop. Dia marah-marah aku, cakap kenapa tukar kata laluan?
Aku jarang tiduk bilik aku sebab panas. Aku selalu lepak tidur bilik depan, bilik kawan yang lain. Bilik aku itu di belakang, kecil sedikit.
Dia boleh marah-marah aku, cakap kenapa tak tidur di bilik sendiri? Suka hati akulah nak tidur bilik mana pun.
Kemudian dia kunci pintu, aku tak boleh nak keluar masuk kerana barang aku, almari semua ada di dalam bilik itu
Kemudian gaduh-gaduh, aku cakap sewa bayar sama-sama tapi kenapa kau kunci pintu ini?
Dia persoal kenapa tak tidur bilik? Nak keluar, keluarlah. Padahal aku tak tahan dengan perangai dia.
Ada sekali itu aku nak masuk bilik air mandi dia pun terus masuk sekali dalam bilik air nak mandi sama. Aku cakap, apahal kau ni, gay ke apa? Kemudian terus dia keluar.
Ada satu hari itu, dia pergi keluar dengan kawan dia, pergi makan. Masa itu aku nak pergi mandi.
Masuk dalam bilik air terkantoi dengan aku, dia letak telefon dia dalam bakul mandi dia dalam tandas. Masa tu aku nak curi sabun yang dalam bakul dia, aku nampak ada telefon dia sekali dengan powerbank di dalam bakul sambil mod rakaman video.
Nak rakam video berdurasi lama, sambung pada bowerbank memang pandai. Kalau tengok dalam telefon itu, memang nampaklah apa yang kau buat di dalam bilik mandi itu.
Kau mandi bogel ke, semua dia rakam. Masa kantoi dengan aku tentang dia buat video di dalam bilik air,. Masa itu aku rasa aku dah dipermainkan budak gay ini.
Rasa macam nak buat laporan polis pun ada, tapi aku rasa kawan, jadi tak payahlah.
Aku cerita pada semua budak rumah tentang dia rakam video itu, habislah kamu semua. Mandi, kencing bagai sebelum ini, semua dia rakam.
Patutlah sebelum ini masa duduk berbual dengan dia, dia cakap dia tahu semua rahsia kaulah. Rupanya rahsia tentang video rakam dalam tandas yang sebelum ni dia rakam ada dalam simpanan dia.
Lepas kantoi tentang rakaman video itu, gaduh besar masa itu. Terus aku tak tinggal bilik sekali dengan dengan dia. Aku pindah tinggal bilik kawan aku.
Satu rumah kami tinggal lapan orang, boleh kira semua dah pulaukan dia, tak bercakap langsung dengan dia dalam sebulan begitu.
Selepas kantoi itu, dia malu, duduk bilik seorang diri kunci pintu tak bergaul dengan budak rumah. Masa makan, dia beli makanan bawa masuk bilik. Barang-barang aku dalam bilik itu semua dia campak keluar bilik.
Masa itu aku rasa menyesal aku tinggal sebilik dengan budak gay.
Aku rasa dia ini jenis orang yang tak ramai kawan. Bila dia jadikan engkau sasaran sebagai kawan baik dia, dia nak kau kongsikan semuanya tentang diri kau pada dia.
Tentang rahsia kau semua perkara, boleh kata dia nak kau jadi kawan dunia akhirat. Tapi maaf, bukan aku. Kau carilah orang lain yang boleh kongsi semuanya dengan kau.
Walaupun hal dalam tandas pun kau nak tahu. Tentang ukuran lah, saizlah. Besar ke, kecik ke. Bukan aku orangnya.orang yang sesuai adalah orang yang sama gay macam kau.
Bye-bye. Kepada semua, ini adalah cerita benar-benar berlaku pada aku beberapa bulan yang lepas. Terima kasih kerana sudi membaca. Kamu semua nak komen atau mengata aku lantak kamu semualah. Assalamualaikum.
Kejadian di atas adalah contoh di mana perangai kemaruk itu menyusahkan orang lain dan boleh dianggap perlakuan jenayah. Jika anda sukakan rakan sejenis, tiada siapa dapat menghalang anda atas apa pun keputusan yang anda buat mengenai kecenderungan anda, tetapi mengapa sampai melibatkan kejadian jenayah? Berubahlah sebelum anda ditangkap. –amazingnara.com
Sumber: IIUMC