Lelaki Habiskan RM85K Sebulan Untuk Nafkah 3 Isteri Dan 24 Anak, Ada Rumah Lengkap Masjid, ‘Swimming Pool’

Dunia

Lelaki Habiskan RM85K Sebulan Untuk Nafkah 3 Isteri Dan 24 Anak,  Ada Rumah Lengkap Masjid, ‘Swimming Pool’

Seorang lelaki menjadi sebutan warga maya Indonesia apabila dia dilaporkan menghabiskan wang kira-kira RM85,000 sebulan bagi menafkahi tiga orang isterinya.

Mungkin mempunyai tiga orang isteri adalah sesuatu yang biasa, lelaki itu juga mempunyai 24 orang anak hasil perkahwinannya bersama isteri-isteri tersayang.

Advertisement

Umar Key biodata

Apa yang membuatkan netizen kagum barangkali kerana lelaki yang dikenali sebagai Umar Key Ohoiten itu ada mendedahkan rahsia bagi mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

Maklum Umar, rahsia untuk terus bahagia dalam alam poligami adalah bersikap adil dan jujur dengan para isterinya.

Lelaki itu juga menyerahkan wang nafkah sebanyak RM25,000 setiap seorang selain menyediakan rumah berkembar lengkap serba satu sebagai tempat tinggal ketiga-tiga isterinya.

Umar key poligami

Bukan itu sahaja, kediaman tersebut turut dilengkapi kolam renang, gelanggang badminton serta masjid untuk tujuan beribadah.

Anak-anak Umar juga menyifatkan bapa mereka itu sebagai seorang yang penyayang dan tegas dalam hal-hal agama.

Sekadar info, Umar merupakan seorang usahawan terkenal yang berasal dari Maluku selain memiliki hubungan baik bersama dengan ahli-ahli politik di Indonesia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

kisah sebenar dua kanak-kanak terperangkap dalam lif
4 months ago

"Harap Jadi Pengajaran" - CCTV Dedah Sebab Sebenar Dua Kanak-Kanak Terperangkap Dalam Lif Selama 9 Jam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...