Seorang lelaki melamar teman wanitanya sedangkan dia cuma ada masa enam bulan lagi untuk hidup—dan kemudiannya menghabiskan hari-hari terakhir hidupnya untuk menggembirakan isterinya.
Chris Price, 26, berjanji kepada wanita yang dicintainya, Ceri, 29, untuk memberikan apa saja yang diingini oleh wanita itu selepas dia disahkan menghidap kanser terminal.
Pasangan ini telah berkahwin di gereja dalam satu majlis mewah dengan empat orang anak ceri sebagai tetamu kehormat. Suami yang penyayang itu kemudiannya menempah satu percutian untuk Ceri dengannya ke Las Vegas, malangnya, dia kehabisan masa.
Chris meninggal dunia dalam pelukan Ceri bulan lepas dan pengebumiannya dilakukan di gereja yang sama di mana perkahwinan mereka berlangsung enam bulan sebelumnya.
Ceri yang patah hati memberitahu:
Ia seolah-olah Chris mahu menghabiskan masanya untuk membuat saya gembira-segembiranya. Kami melakukan banyak perkara dalam masa enam bulan terkahir hidupnya. Dia sangat positif, dia tak bercakap langsung tentang kematian. Dia hanya mahu melihat saya dan anak-anak gembira sebelum dia pergi.
Chris telah mengaturkan percutian keluarga untuk Ceri dan anak-anak ke Disney dan percutian romantik untuk mereka berdua di New York.
Masa yang kami habiskan bersama sangat magikal dan saya akan mengenangnya sampai bila-bila.
Dia tahu saya sukakan sepasang kasut but Louboutin tapi saya tak mampu membelinya. Jadi dia belikan untuk saya dan belikan pula saya satu beg tangan Mulberry yang lebih mahal dari but tersebut.
Baca keseluruhan artikel selepas pesanan penaja.
Walaupun rawatan mengesahkan yang dia telah bebas kanser, kanser datang semula setahun selepas itu.
Chris yang berkerja sebagai pemeriksa penyelenggaraan, berasal dari South Wales, telah menjalani satu pembedahan selama lapan jam di mana doktor telah membuang sebahagian ususnya kerana kanser tesebut semakin merebak.
Selepas itu dia diberitahu yang tidak ada penawar untuk penyakitnya, tetapi rawatan kemoterapi boleh memanjangkan usianya. Chris meninggal dunia pada Januari 2014.
Sekiranya cinta saya boleh menyelamatkan dia, mungkin dia boleh hidup selamanya.
Penyakitnya membuatkan dia hidup sehidupnya dalam masa yang masih ada, dan dia telah mengajar saya untuk lakukan yang sama.
Dia meninggal dunia dalam pelukan saya dan saya dapat rasa nafasnya yang terakhir.
Saya masih sedih kehilangannya dan saya masih sembur wangian Aramis miliknya dan pakai pakaiannya untuk merasa dekat dengan dia.
Dia cintakan saya dan sayangkan anak-anak saya seolah-olah mereka anaknya juga. Mereka juga sayangkan dia.
Ceri yang cekal memberitahu yang walaupun sedih, dia akan sentiasa menghargai enam bulan terakhir yang dihabiskan dengan Chris. Katanya:-
Saya tidak menyesal. Saya menerima apa yang hendak berlaku. Di hari pengebumiannya kami memainkan lagu kegemarannya, Robin S – Show Me Love.
Itulah yang dia lakukan, tunjukkan kepada semua orang yang dia telah menemui cinta. Saya rindukan dia tiap saat, tiap hari.
Laporan asal: Dailymail UK