Sedia maklum, tindakan seorang personaliti media sosial yang menggelar anak perempuannya yang juga merupakan personaliti media sosial cilik dengan gelaran ‘mini wife’, baru-baru ini, telah mencetuskan rasa kurang senang di kalangan warganet.
Peguam tampil bersuara isu lelaki gelar anak ‘mini wife’
Ia bukan saja menimbulkan perdebatan di kalangan netizen, malah perkara tersebut turut menarik perhatian peguam, Jill Liyana yang tampil memberi penjelasan daripada sudut undang-undang.
Menurut Jill dalam hantaran tersebut, penggunaan gelaran ‘mini wife’ tidak sewajarnya digunakan untuk seorang kanak-kanak kerana ia boleh menjejaskan perkembangan mereka.
Ibu bapa sepatutnya menjaga dan melindungi anak-anak mereka tanpa meletakkan apa-apa istilah yang tidak sesuai dengan usia mereka.
Boleh dilihat sebagai grooming
Dalam pada itu, Jill berkata memberi peranan sebagai pasangan kepada seorang kanak-kanak turut akan mengaburkan batas hubungan keluarga, malah boleh dilihat sebagai grooming atau eksploitasi seksual.
Sebelum ini, seorang personaliti media sosial lelaki teruk dikecam netizen kerana membiarkan penampilan anak perempuannya yang masih bersekolah seakan-akan wanita dewasa.