Lelaki Fitnah Misha Omar Guna ‘Mak Esah’ Untuk Menang AJL 33 Mohon Maaf

Hiburan

Lelaki Fitnah Misha Omar Guna ‘Mak Esah’ Untuk Menang AJL 33 Mohon Maaf

Seorang lelaki yang sebelum ini mendakwa penyanyi Misha Omar mengamalkan ilmu hitam untuk memenangi Anugerah Juara Lagu 33 yang berlangsung baru-baru ini telah membuat permohonan maaf. Bercakap kepada Berita Harian, lelaki itu mendakwa terlalu mengikutkan perasaan ketika itu:

Advertisement

Jauh di sudut hati, saya ingin memohon maaf kepada Misha atas kekhilafan saya.

Memang salah saya bertindak mengikut perasaan ketika itu. Apatah lagi status terbabit dibuat gara-gara membaca status orang lain yang menyatakan, kononnya Misha menggunakan sihir untuk menang.

Sesetengah Netizen mendakwa bagaimanapun, lelaki itu berkata begitu sebagai reaksi kepada tweets yang ditulis oleh pemilik satu akaun Twitter tidak dikenali. yang menggunakan handle @PenumpahTeh

Azhar Aziz telah tampil mengaku kesilapan dan meminta maaf, manakala pemilik akaun @PenumpahTeh telah menyahaktifkan akaun setelah Misha mengadakan sidang akhbar memberitahu akan mengambil tindakan undang-undang kepada mereka yang memfitnahnya.

Identiti sebenar pemilik akaun yang sebelum ini menyebarkan beberapa gosip lain itu masih belum diketahui. – beautifulnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...