Lelaki ‘Double Stand’ Motor Kerana Lampu Isyarat Lama Sangat

Trending

Lelaki ‘Double Stand’ Motor Kerana Lampu Isyarat Lama Sangat

Sudah menjadi lumrah sebagai pengguna jalan raya, kita mesti mematuhi semua peraturan penggunaan jalan raya yang telah ditetapkan semasa berada di atas jalan raya.

Antara peraturan yang perlu dipatuhi pengguna jalan raya tersebut termasuklah memberhentikan kenderaan ketika lampu isyarat berwarna merah.

Advertisement

4 years ago

Langgar Lampu Isyarat, Tengking Dan Buat Kecoh, Tiga Beradik Ini Ditahan Polis

Ini adalah bertujuan supaya perkara yang tidak diingini seperti kemalangan dapat dielakkan daripada berlaku semasa menggunakan jalan raya.

Namun, kita mesti pernah mengalami situasi di mana kita terpaksa menunggu dengan sangat lama ketika memberhentikan kenderaan di lampu isyarat. Mesti ramai yang pernah alami kan?

Terlalu lama menunggu di lampu isyarat, lelaki ini bertindak meletakkan motor pada double stand 

Tular baru-baru ini di laman media sosial TikTok, sebuah perkongsian video yang memaparkan situasi seorang gadis yang berada di dalam sebuah kereta sambil dilihat menunggu di lampu isyarat.

Dalam video tersebut, gadis itu kemudiannya ternampak seorang penunggang motorsikal di hadapannya yang juga sedang menunggu di lampu isyarat tersebut.

Apa yang lebih mencuri perhatian adalah lelaki yang menunggang motorsikal tersebut dilihat siap meletakkan double stand pada motorsikalnya kerana sudah terlalu lama menunggu di lampu isyarat itu.

Namun, lelaki tersebut kemudiannya dilihat cuba menghidupkan kembali motorsikalnya kerana enjin telah mati selepas lampu isyarat sudah bertukar ke warna hijau.

Nasib baik tidak sampai beberapa minit, motorsikalnya itu berjaya dihidupkan kembali.

Relax sangat abang ni”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 372.4 ribu tontonan, 19.8 ribu like dan 327 komen. Rata-rata netizen terkejut dengan ketenangan yang ditunjukkan oleh penunggang motorsikal tersebut kerana meletakkan double stand pada motorsikalnya itu.

Lelaki double stand motor di lampu isyarat

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ramai juga yang berseloroh mengatakan yang mereka tidak mampu untuk kekal tenang seperti lelaki itu dan memang akan gelabah jika berhadapan dengan situasi enjin motorsikal tiba-tiba mati.

Tidak kurang juga ada yang sempat berkongsi pengalaman masing-masing ketika menunggu lampu isyarat.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...