Lelaki Dituduh Cabul & Lakukan Hubungan Luar Tabii Dengan Dua Lelaki Secara Paksa

Trending

Lelaki Dituduh Cabul & Lakukan Hubungan Luar Tabii Dengan Dua Lelaki Secara Paksa

Seorang peniaga kelapa dituduh mencabul dan sengaja lakukan hubungan luar tabii terhadap dua orang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini.

Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku pada bulan lepas di sebuah pondok di Tanah Perkuburan Nibong, Kampung Pandang Kala pada 9:30 malam.

Advertisement

Setelah dua pertuduhan iaitu menyentuh kemaluan seorang lelaki dan sengaja melakukan pertubuhan luar tabii dengan seorang lelaki tanpa rela dibacakan sebentar tadi, tertuduh mengaku tidak bersalah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Jika disabitkan kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan bagi pertuduhan pertama.

Pertuduhan kedua pula akan didakwa mengikut 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Walaubagaimanapun, rayuan dibuat tertuduh dengan alasan dia merupakan pesakit mental dan memohon untuk dapatkan rawatan khas di Hospital Bahagia, Ulu Kinta.

Saya pernah dirawat sebagai pesakit mental di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Sungai Buloh dan Hospital Seremban. Sekiranya dibenarkan, saya mahu menjalani rawatan dengan segera.

Tarikh sebutan semua kes ditetapkan pada 14 Julai depan untuk kedua-dua pertuduhan dan mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM30,000.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...