Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan seorang pemuda yang dikenali sebagai Wan Mahussin Wan Zain ingin menjual durian kampung miliknya dengan harga RM 500 sebiji. Wow, mahalnya!
Menurutnya, durian tersebut dijual dengan harga sedemikian kerana buah tersebut tidak jatuh ke tanah tapi sebenarnya jatuh di atas cermin belakang kereta. Boleh pulak ya macam tu.
Video pemuda berkenaan menjadi tular sehingga mendapat perhatian daripada Menteri Sumber Manusia iaitu YB Datuk Sri M. Saravanan Murugan. Menurut Wan Mahussin, dia mendapat panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan menyatakan mahu membeli durian yang viral itu tetapi durian itu telah dimakan olehnya.
“Dia terkejut apabila individu yang membuat panggilan tersebut daripada pihak Menteri Sumber Manusia”
Walaupun durian tersebut sudah dimakan, tetapi beliau tetap ingin membantu pemuda itu untuk menampung kos pembaikan cermin keretanya yang pecah.
Selepas video itu tular, Wan Mahussin memaklumkan melalui hantaran Facebook miliknya yang dia telah mendapat tawaran untuk menjadi duta satu jenama produk iaitu Durian Mochi.
“YB Menteri Datuk Sri M. Saravanan bantu dan semalam saya ditawarkan menjadi salah satu influencer Durian Mochi. Mohon doa semuanya”
Ramai warganet yang mengucapkan tahniah kepada Wan Mahussin melalui komen posting Facebook tersebut.