Lelaki Ditangkap Miliki Lesen Memandu 3 Jenis Kenderaan Sekaligus, Mengaku Beli ‘Online’ RM2,700

Kehidupan

Lelaki Ditangkap Miliki Lesen Memandu 3 Jenis Kenderaan Sekaligus, Mengaku Beli ‘Online’ RM2,700

Seorang penunggang motosikal kantoi membeli lesen memandu palsu selepas taktik liciknya berjaya dikesan oleh polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya.

Menurut Sinar Harian, pemuda berusia 31 tahun cuba mengelirukan polis dengan mengemukakan lesen memandu kompeten (CDL) palsu.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, lelaki itu ditahan dalam Op Mabuk di Jalan Pandan Utama kira-kira jam 10 malam pada Sabtu lalu.

Semasa operasi dijalankan, kita menahan dan memeriksa seorang penunggang motosikal. Semakan awal mendapati lelaki terbabit memiliki lesen memandu kelas B2, D dan E, iaitu lesen motosikal, kereta dan lori.

lelaki guna lesen palsu

Polis turut menjalankan siasatan lanjut menggunakan peranti Mobile Card Operation System (MCOPS) dan sistem Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) mendapati tiada rekod sah berkaitan nombor lesen yang dikemukakan lelaki berkenaan.

Suspek akhirnya mengaku bahawa lesen memandu itu dibeli melalui aplikasi dalam talian dengan harga RM2,700.

Tambah Mohd Azam, lelaki itu telah dibawa ke Balai Polis  Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik IPD Ampang Jaya untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 108 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memiliki dan menggunakan dokumen palsu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sultan selangor
1 month ago

"Sekiranya Didapati Bersalah Ragut 9 Nyawa Anggota FRU, Lesen Pemandu & Syarikat Terlibat Wajar Ditarik Balik" - Sultan Selangor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...