Lelaki Ditahan Makan KFC Percuma Selama Setahun Dengan Menipu Sebagai Penguji Rasa Makanan Dari Ibu Pejabat

Trending

Lelaki Ditahan Makan KFC Percuma Selama Setahun Dengan Menipu Sebagai Penguji Rasa Makanan Dari Ibu Pejabat

Seorang lelaki diangkat sebagai hero di media sosial kerana makan di Kentucky Fried Chicken (KFC) secara percuma selama lebih setahun setelah mengaku ‘dihantar oleh ibu pejabat’ untuk menguji rasa makanan.

Advertisement

Lelaki itu yang merupakan pelajar universiti berusia 27 tahun di University of KwaZulu-Natal di Afrika Selatan, bakal hadir di mahkamah untuk dibicarakan setelah menipu pekerja-pekerja KFC kononnya dia memeriksa kualiti makanan di outlet makanan segera itu.

Penampilannya yang meyakinkan menyebabkan mereka tidak menyangka dia hanya penipu, tambahan pula dia berpakaian kemas, datang menaiki limosin dan memiliki kad perniagaan dari ‘ibu pejabat’.

Rakannya yang merupakan seorang pemandu limosin separuh masa dikatakan rakan jenayah yang membantunya dalam penipuan itu.

Advertisement

Bila dia sampai, kami semua buat kerja betul-betul sebab tak mahu ditegur oleh staf dari ibu pejabat. Dia sangat meyakinkan sebab dia berkeyakinan diri dan kawan-kawan dari outlet KFC yang lain juga mengenalinya.

Bila dia datang, dia bergegas ke bahagian dapur untuk memeriksa semua perkara, tulis nota dan meminta sampel makanan apa yang diinginkannya. Mungkin dia pernah bekerja dengan KFC kerana dia tahu semuanya.

Dia berjaya menipu mereka selama lebih setahun sebelum mereka sedar mereka telah dirompak.  – amazingnara.com via Independent UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...