Lelaki Disyaki Kelar Anak Cuba Bunuh Diri Selepas Kejadian, Sanggup Dihukum

Trending

Lelaki Disyaki Kelar Anak Cuba Bunuh Diri Selepas Kejadian, Sanggup Dihukum

Lelaki yang disyaki membunuh anak perempuannya yang berusia tujuh tahun dan menetak dua orang anak yang lain telah cuba membunuh diri kemudiannya.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab memberitahu lelaki itu ditemui tidak lama selepas kejadian kira-kira 300 meter dari rumahnya di Bandar Baru Bangi, dengan kepala berlumuran darah.

Gambar hiasan

Advertisement

Kami juga menemui batu dengan kesan darah dan kami percaya yang dia cuba membunuh diri dengan menghentak kepalanya dengan batu.

Beliau memberitahu yang lelaki tersebut tidak mempunyai rekod sakit mental dan tidak menunjukkan sebarang emosi terhadap apa yang telah dilakukan.

Dia sedang dirawat di Hospital Kajang dan boleh bercakap, tetapi setakat ini tiada emosi yang ditunjukkan terhadap perbuatannya.

Abdul Rashid berkata begitu semasa pengebumian anak suspek yang meninggal dunia di Perkuburan Islam Sungai Tangkas semalam. Lelaki itu ditahan reman sehingga 2 Februari.

Dua lagi anak yang cedera berusia 10 dan 12 tahun berada dalam keadaan stabil.

Kakak yang lebih tua dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur. Ibu jarinya putus dalam serangan tersebut, dan jarinya tidak berjaya disambung semula.

Adiknya yang cedera di belakang kepala berada di Hospital Kajang.

Sementara itu pegawai polis yang mengawal suspek dan enggan dinamakan berkata yang lelaki itu merasa lemah dan tidak tahu mengapa dia melakukan serangan tersebut.

Tidak ada rekod perubatan yang mengatakan dia mengalami sakit mental. Ujian dadah menunjukkan dia tidak mengambil apa-apa jenis dadah.

Malahan, dia tidak merokok. Dia sedar apa yang dia lakukan sewaktu dia melakukannya. Dia turut beritahu saya yang dia kelar anak dia dua kali.

Dia mengakui jenayah yang dilakukan dan memberitahu dia akan menerima apa jua hukuman terhadapnya.

Seorang saudara mangsa di Hospital Kajang memberitahu mangsa semakin pulih dan kenal ahli keluarga dan kawan yang melawatnya di hospital. Mengalami kecederaan di kepala dan tangan, mangsa sudah sedar dan memberitahu ingin kembali ke sekolah apabila cuti berakhir.

Laporan asal: The Star

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...