Terbaru, seorang lelaki disahkan maut selepas dikatakan terjatuh di landasan LRT Pusat Bandar Puchong pada petang tadi.
Difahamkan daripada Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor iaitu Ahmad Mukhlis Mokhtar mengesahkan berita tersebut selepas pihaknya menerima laporan mengenai insiden tersebut pada jam 6.05 petang.
Sebaik tiba di lokasi, mangsa didapatj berada di atas landasan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Susulan insiden tersebut, telah berlakunya gangguan perkhidmatan di landasan LRT Laluan Putra Heights dan dilaporkan operasi berjalan hingga stesen LRT Bandar Kinrara 5 untuk sementara waktu.
Difahamkan daripada tinjaun serta saksi di lokasi kejadian, mangsa terjatuh sebelum tibanya tren di stesen terbabit.