Lelaki Dipukul Sampai Koma Kerana Cabul, Meninggal Dunia. Kes Diklasifikasikan Kerana Membunuh.

Trending

Lelaki Dipukul Sampai Koma Kerana Cabul, Meninggal Dunia. Kes Diklasifikasikan Kerana Membunuh.

LELAKI yang koma selepas dibelasah di kompleks beli-belah di Jalan Putra, Alor Setar, Ahad lalu kerana didakwa mencabul wanita dalam tandas meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), 12.30 tengah hari, semalam.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin mengesahkan kematian lelaki berusia 30 tahun itu dan berkata kes itu kini diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Lima individu termasuk seorang wanita berusia lingkungan 20 tahun ditahan hari ini di Alor Setar berdasarkan gambar mereka dalam video yang ditularkan dalam media sosial.

“Terdapat lagi individu yang masih dikesan dan kita minta mereka serah diri segera. Suspek yang ditahan dijangka akan direman hari ini bagi membantu siasatan kes berkenaan,” katanya.

Dalam kejadian 4 petang itu, lelaki terbabit didakwa cuba memeluk wanita berusia 21 tahun dari depan dengan menekup mulut mangsa sebelum wanita itu menggigit tangannya tetapi ditumbuk di perut.

Bagaimanapun, kejadian itu disedari beberapa individu yang berada di luar tandas selepas terdengar jeritan mangsa menyebabkan lelaki itu dibawa ke tingkat bawah bangunan dan dibelasah.

Lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada anggota Unit Peronda Polis (MPV) sebelum membawanya ke HSB untuk mendapatkan rawatan.

Ketika itu, dia berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Zon Merah HSB akibat kecederaan parah di kepala.

Sumber : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...