Lelaki Dipercayai Rakyat Malaysia Hina Raja Dan Islam

Trending

Lelaki Dipercayai Rakyat Malaysia Hina Raja Dan Islam

Semalam tular video yang memaparkan seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia, yang secara terang-terangan telah menghina raja dan agama Islam di Malaysia.

Video yang berdurasi lebih 10 minit itu, menunjukkan lelaki berkenaan memegang dokumen di tangannya dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap raja-raja di Malaysia.

Advertisement

Dia turut menghina dan menyifatkan sistem diraja di negara ini adalah sebagai satu pembaziran. Menurutnya, ia dapat dilihat melalui jumlah pemerintah beragama Islam yang berada di Malaysia yang dianggap terlalu ramai berbanding negara lain yang lebih besar.

Lelaki tersebut juga turut mengkritik orang Melayu dan agama Islam di negara ini dengan mempersoalkan hak yang dimiliki oleh mereka seperti bilangan sekolah agama yang banyak. Isu perlindungan yang diberikan oleh Malaysia kepada penceramah Zakir Naik turut dijadikan isu.

Dirakam di luar negara dan identiti masih tidak diketahui.

Video tersebut dipercayai telah dirakam di United Kingdom dan pihak polis dari cawangan Bukit Aman turut mengesahkannya.

Identiti lelaki tersebut masih belum dikenalpasti dan pihak polis memberitahu setakat ini masih belum ada sebarang laporan polis dibuat terhadapnya.

Menurut pihak polis, lelaki itu boleh disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 jika laporan dibuat terhadapnya.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...