Tular di media sosial, seorang lelaki dikecam hebat selepas videonya memuji penyanyi dan pelakon Amira Othman secara berlebihan hingga menimbulkan rasa kurang selesa orang ramai.
Dalam video tersebut, lelaki berkenaan mengaku tidak meminati Amira sebelum ini, namun mula “stalker” selepas artis itu berkahwin dengan Fattah Amin.
View on Threads
Kata lelaki tersebut dalam vide0 yang tular di Threads itu,
Yang pertama, dia anak Datuk. Yang kedua, dia anak dara, wow! Dan apa yang paling penting, aku tengok video-video dia mengaji. Nak tahu tak dekat mana aku paling suka dengan Amira Othman? Mata dia… mata dia, ayu.
Kenyataan itu segera mengundang kecaman netizen, terutamanya apabila lelaki tersebut menekankan perkataan “anak dara” dengan cara yang dianggap menjengkelkan dan tidak sopan.
Seorang pengguna di Threads meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan itu,
Seram dan seriau bila dengar seorang lelaki ajnabi memuji isteri orang lain secara berlebihan untuk tontonan umum. Lebih menjijikkan bila dia tekan perkataan ‘anak dara’ dengan bunyi yang tidak enak di telinga. Memuji dengan lidah secara melampau kepada isteri orang lain boleh termasuk dalam ‘zina lidah’ atau sekurang-kurangnya perbuatan yang mendekati zina.
Rata-rata warganet menyifatkan perbuatan lelaki itu sebagai tidak wajar dan menasihatkan agar lebih berhati-hati dalam memberi komen, khususnya membabitkan wanita yang sudah bergelar isteri.