Lelaki Didakwa Sengaja Cederakan Mata Kiri Hingga Buta Untuk Tuntut Insurans RM1 Juta

Kehidupan

Lelaki Didakwa Sengaja Cederakan Mata Kiri Hingga Buta Untuk Tuntut Insurans RM1 Juta

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di Butterworth atas pertuduhan sengaja mencederakan mata untuk mendapat pampasan insurans berjumlah RM1 juta pada Jun 2023.

Tak Kok Guan berusia 52 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dakwaan memperdaya syarikat insurans dengan membuat tuntutan insurans disyaki palsu.

Advertisement

Tertuduh memohon untuk dibicarakan dan berdepan dengan dua pertuduhan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Tan Kok Guan, sengaja cedera mata untuk tuntut insurans

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan permohonan tuntutan insurans kemalangan disyaki palsu iaitu dengan sengaja mendatangkan kecederaan pada mata kiri untuk mendapatkan pampasan berjumlah RM1 juta.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Kampung Gajah, di Butterworth antara 9 pagi hingga 6 petang pada 8 Jun 2023.

Berdasarkan pertuduhan kedua pula, tertuduh didakwa memperdayakan syarikat insurans dengan membuat tuntutan insurans disyaki palsu sehingga mendorong syarikat itu memasukkan wang tunai RM4,153.57 ke dalam akaun milik tertuduh.

Kesalahan itu pula didakwa dilakukan di Kampung Paya di Butterworth antara jam 9 pagi hingga 6 petang pada 20 Julai 2023.

lelaki pakai eye patch

Gambar hiasan

Tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga didenda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, peguam yang mewakili tertuduh iaitu Yaw Xinying merayu agar mahkamah membenarkan jaminan minima atas alasan anak guamnya kini tidak bekerja, selain hanya mengharapkan pendapatan isteri untuk menyara mereka lima sekeluarga.

Anak guam saya kini seorang OKU apabila dia buta pada mata kiri dan sudah tidak bekerja sejak tahun lalu. Dia juga menghidap penyakit jantung dan strok. Selain itu, dia juga memberi kerjasama sepanjang pihak polis menjalankan siasatan

Majistret membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi kedua-dia pertuduhan dengan seorang penjamin. Tarikh sebutan semula dan serahan dokumen ditetapkan 20 Februari 2025.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

buat laporan palsu audi dicuri untuk claim insurans
1 week ago

Lelaki Kantoi Buat Laporan Palsu Dakwa Disamun & Kereta Audi Dicuri, Rupanya Mahu ‘Claim’ Insurans

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...