Lelaki Di Kelantan Didenda Kerana Berseluar Pendek

Trending

Lelaki Di Kelantan Didenda Kerana Berseluar Pendek

seluarpendekkenasamandikelantan

Undang undang di Kelantan menetapkan menjadi kesalahan kepada seorang lelaki beragama islam untuk berseluar pendek di tempat awam.

Advertisement

The Star Online melaporkan, individu bernama Wan Khairul Hayyee Wali, 30, didenda kerana memakai seluar pendek ketika hendak pergi bermain futsal.

Pekerja am di sebuah kedai yang diberikan notis berkaitan kesalahan itu pada 10.45 Isnin malam memberitahu, dia memakai seluar pendek untuk bermain futsal sejak sekolah dan mendakwa tidak tahu wujudnya peraturan melarang pemakaian itu.

“Sangat mengejutkan saya bila pegawai penguatkuasa agama memberikan saya saman, mengatakan saya melanggar Enakmen Jenayah Syariah kerana mendedahkan lutut saya.

“Takkan lah mereka mahu saya pakai kain sarung untuk main futsal,” katanya.

Wan Khairul diarahkan untuk menghadiri sesi kaunseling bulan depan, sekiranya gagal berbuat demikian dia akan dihadapkan ke mahkamah syariah dan boleh didenda RM1,000 jika didapati bersalah.

Dia juga mendakwa cuba menjelaskan kepada pegawai itu yang dia dalam perjalanan untuk bermain futsal dan keluar daripada keretanya sebentar membeli burger untuk isterinya.

Wan Khairul memberitahu dia akan menghadiri sesi kaunseling itu.

“Sekiranya ia kesalahan, mereka perlu beritahu kepada orang awam. Bagaimana kita patut tahu pakai seluar pendek hendak main bola satu kesalahan?” tambahnya.

Pegawai Jabatan Agama Islam Kelantan menjelaskan kod pakaian itu hanya terpakai untuk orang Islam sahaja.

“Kita tidak akan mengambil tindakan terhadap orang bukan Islam. Kita juga tidak bertindak pun kepada perempuan bukan Islam yang pakai seluar pendek di tempat awam.”

Pegawai itu juga menjelaskan Wan Khairul tidak perlu membayar denda jika dia menghadiri sesi kaunseling yang diarahkan.

“Kami hanya mahu orang Islam berpakaian sopan ketika di tempat awam, selari dengan ajaran agama kita,” katanya seperti dilapor The Star Online.

seluar_pendek_kena_saman_di_kelantan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...