Lelaki Derma Hati Pada Gadis Tidak Dikenali, Si Gadis Membalas Dengan Cintanya

Trending

Lelaki Derma Hati Pada Gadis Tidak Dikenali, Si Gadis Membalas Dengan Cintanya

Apabila seorang pegawai penguatkuasa kod di Frankfort, Illinois memutuskan untuk menderma separuh hatinya kepada seorang wanita tidak dikenali demi menyelamatkan nyawa wanita itu, dia tidak menyangka wanita itu pada suatu masa akan datang akan menjadi teman hidupnya.

Pada Mac 2014, dengan tiada angin dan ribut, Heather Kruger, seorang wanita berusia 27 tahun mendapat tahu yang dia menghidap kanser hati tahap empat, dan hanya ada beberapa bulan untuk hidup.

Advertisement

Doktor memberitahu Heather dia hanya ada peluang untuk hidup sekiranya dia menerima transplan hati, tetapi oleh kerana hanya ada sedikit masa yang tinggal, mereka meminta Heather mencari seorang penderma hati yang masih hidup. Heather mengimbas kembali:

Mereka beritahu saya dengan segera bahawa saya memerlukan transplan. Tak ada banyak masa untuk cari penderma, dan saya rasa badan saya seolah-olah mula tak berfungsi.

Penyelamat Heather ialah seorang lelaki yang langsung tidak dia kenali. Chris Dempsey sedang berehat makan tengahari apabila dia terdengar sepupu Heather, Jack Dwyer bercakap mengenai masalah kesihatan wanita itu dan bagaimana Heather perlu mencari seorang penderma hati atau Heather akan mati. Dempsey tak pernah mendengar tetang Heather mahupun bertemu wanita itu, tetapi dia terus ingin menolong.

Saya habiskan masa selama empat tahun dalam pasukan tentera marin dan di situ saya belajar untuk tidak melarikan diri dari apa pun. Jadi saya beritahu diri saya, ‘hey, jika saya boleh tolong, saya akan tolong’.

Jadi Chris mendekati Dwyer dan memberitahu yang dia ingin menjalani ujian untuk memastikan yang dia ialah penderma yang berpadanan dengan Heather. dan Chris didapati sangat berpadanan dengan Heather.

Apabila Heather mendapat tahu seorang yang tak pernah dia kenali sudi untuk menderma organ kepadanya, dia rasa tak percaya.

Saya matikan panggilan dan berlari ke ruang tamu untuk menangis bersama ibu saya kerana sukar percaya.

Heather dan Chris telah bertemu buat pertama kali dan mereka berbincang dengan terperinci mengenai prosedur transplan itu. Kemudian mereka berdua mendaftar di Hospital Universiti Illinois untuk pembedahan, di mana separuh dari hati Chris diberi kepada Heather dan semuanya berjalan dengan sempurna.


 photo Chris-Dempsey-Heather-Krueger-600x398.jpg
 photo Chris-Dempsey-Heather-Krueger3-600x337.jpg
 photo Chris-Dempsey-Heather-Krueger2-600x338.jpg
Hati mereka berdua kemudiannya tumbuh semula dan walaupun terdapat komplikasi (Heather terpaksa mengambil ubat anti-penolakan organ), mereka berdua hidup sihat.

Selepas pembedahan, Chris memberitahu Heather:

Awak tak berhutang apa-apa dengan saya kerana ini. Kita boleh lakukan hal masing-masing macam dulu, jika itu yang awak mahu.

Namun begitu Heather merasakan ada ‘ikatan’ istimewa antara mereka berdua. Heather mengakui pada mulanya dia berasa keliru, kerana dia rasa mungkin dia merasa begitu kerana kebaikan hati Chris, tetapi semakin masa berlalu dia merasakan lebih dari itu.

Keduanya tetap berhubung, dan menjadi semakin rapat. Akhirnya tahun lepas, bulan Disember, Chris melamar Heather dan Heather dengan penuh keterujaan mengatakan “ya”. Dan kini mereka berdua telah bergelar suami isteri.

Mengimbas kembali beberapa tahun lepas, Heather berkata yang dia masih rasa tak percaya apa yang telah berlaku.

Ia menunjukkan yang walaupun pada masa kini anda sering mendengar khabar buruk dan berita negatif, masih ada seseorang yang sangat ikhlas dan baik hati di luar sana.

Sumber: –amazingnara.com via CBS News, TODAY.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...