Lelaki Dera Anak Kekasih Guna Pembaris Kayu Dan Beri Makan Nasi Berlauk Lipas Goreng Ditahan Polis

Trending

Lelaki Dera Anak Kekasih Guna Pembaris Kayu Dan Beri Makan Nasi Berlauk Lipas Goreng Ditahan Polis

Seorang jurutera kilang berusia 36 tahun ditahan polis selepas dipercayai mendera anak teman wanitanya di Bukit Gambar di sini hari ini.

Advertisement

Sinar Online melaporkan, suspek ditahan kira-kira jam 1 pagi tadi untuk membantu siasatan.

Sumber lain berkata, lelaki itu didakwa mendera kanak-kanak lapan tahun itu dengan memberi makan nasi berlauk kicap dan lipas yang digoreng serta memukulnya mangsa dengan menggunakan pembaris kayu.

Sumber berkata, mangsa berusia lapan tahun itu mengalami lebam di kedua-dua belah tangan, dada dan belakang badan akibat dipukul suspek.

Sumber juga berkata, mangsa dipukul menggunakan pembaris kayu itu kira-kira 100 pukulan sehingga menyebabkan kecederaan teruk.

Kejadian difahamkan hanya disedari pada Isnin lalu selepas mangsa dibawa ibunya menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Sumber berkata, doktor yang merawat kanak-kanak itu membuat laporan polis berhubung kejadian selepas memeriksa kanak-kanak terbabit.

Selain penahanan suspek, polis turut merampas pembaris kayu sepanjang satu meter yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.

“Mangsa dipukul sejak 1 November hingga 5 November lalu kerana didakwa terlalu nakal dan suka bercakap bohong,” katanya.

Dikatakan ibu mangsa hanya melihat kejadian itu dan menganggap suspek hanya mahu memberi pengajaran kepada anak kandungnya itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan laporan tangkapan terbabit.

Menurutnya, suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen  31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Sumber: Sinar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...