Lelaki Dedah Misteri Villa Nabila, “Kenapa Keluar? Takut Ke?”

Trending

Lelaki Dedah Misteri Villa Nabila, “Kenapa Keluar? Takut Ke?”

Villa Nabila, sebuah banglo tinggal di Johor Bahru, disenaraikan antara lima rumah berhantu paling popular di Malaysia oleh portal pengembaraan Expedia yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
VillaAN

Photo: backstage.tnp.sg

Ini tidak menghalang orang ramai dari melawat villa tersebut, sama ada untuk melihat mahupun memeriksa kesahihan di sebalik cerita mengenai villa itu. Villa Nabila adalah sebuah rumah banglo yang berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila didakwa mati di bunuh di rumah tersebut.

Advertisement


Namun begitu, tiada sumber rasmi yang mengisahkan tentang individu bernama Nabila ini dan keluarganya. Tetapi kebanyakan penduduk akan bercakap tentang cerita yang hampir sama tentang Villa Nabila. Menurut cerita orang ramai, Villa Nabila ini dikatakan berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila dikatakan dibunuh di rumah tersebut oleh pekerja yang sedang renovate rumah itu dengan cara dirogol, dibunuh dan disimen didalam konkrit rumah tersebut. Pada masa itu dikatakan ibu bapa Nabila keluar atas urusan kerja untuk beberapa hari.

Dikatakan juga Nabila adalah pewaris harta kekayaan ibu bapa beliau kerana dia menjadi anak kesayangan dalam keluarga beliau. Kemudian Nabila dibunuh oleh ibu saudaranya kerana ingin merebut harta warisan ibu bapa Nabila. Di samping itu, ada juga yang mengatakan Nabila membunuh diri kerana tekanan.

Kini banglo tersebut terbiar dengan semak samun yang menjalar dan lebih kelihatan menyeramkan dan misteri. Ada sesetengah individu yang memberanikan diri masuk ke kawasan Villa Nabila tersebut dan mengalami pengalaman yang menakutkan. Ada yang terjumpa kelibat Nabila, ada yang tidak menemui jalan keluar dan ada yang sebaliknya tetapi di ganggu pula oleh makhluk halus setelah keluar dari kawasan itu.

Sorang pengguna Twitter yang menggunakan handle @LeAlterEgo telah bercerita mengenai pengalaman abang ipar dan kakaknya sewaktu melawat villa itu pada tahun 1996. Tidak disangka berbelas tahun kemudian, mereka juga mengalami pengalaman seram ketika menonton filem Villa Nabila di pawagam pada tahun 2014.  Ikuti pendedahan beliau:

Image01

Image02

Image03

Image04

Image05

Image06

Image07

Image08

Image09

Image10

Image11

Image12

Image13

Image14

Image15

Image16

Image17

Image18

Image19

Sumber: @LeAlterEgo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...