Villa Nabila, sebuah banglo tinggal di Johor Bahru, disenaraikan antara lima rumah berhantu paling popular di Malaysia oleh portal pengembaraan Expedia yang berpengkalan di Amerika Syarikat.
Photo: backstage.tnp.sg
Ini tidak menghalang orang ramai dari melawat villa tersebut, sama ada untuk melihat mahupun memeriksa kesahihan di sebalik cerita mengenai villa itu. Villa Nabila adalah sebuah rumah banglo yang berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila didakwa mati di bunuh di rumah tersebut.
Namun begitu, tiada sumber rasmi yang mengisahkan tentang individu bernama Nabila ini dan keluarganya. Tetapi kebanyakan penduduk akan bercakap tentang cerita yang hampir sama tentang Villa Nabila. Menurut cerita orang ramai, Villa Nabila ini dikatakan berhantu kerana penghuni rumah tersebut iaitu Nabila dikatakan dibunuh di rumah tersebut oleh pekerja yang sedang renovate rumah itu dengan cara dirogol, dibunuh dan disimen didalam konkrit rumah tersebut. Pada masa itu dikatakan ibu bapa Nabila keluar atas urusan kerja untuk beberapa hari.
Dikatakan juga Nabila adalah pewaris harta kekayaan ibu bapa beliau kerana dia menjadi anak kesayangan dalam keluarga beliau. Kemudian Nabila dibunuh oleh ibu saudaranya kerana ingin merebut harta warisan ibu bapa Nabila. Di samping itu, ada juga yang mengatakan Nabila membunuh diri kerana tekanan.
Kini banglo tersebut terbiar dengan semak samun yang menjalar dan lebih kelihatan menyeramkan dan misteri. Ada sesetengah individu yang memberanikan diri masuk ke kawasan Villa Nabila tersebut dan mengalami pengalaman yang menakutkan. Ada yang terjumpa kelibat Nabila, ada yang tidak menemui jalan keluar dan ada yang sebaliknya tetapi di ganggu pula oleh makhluk halus setelah keluar dari kawasan itu.
Sorang pengguna Twitter yang menggunakan handle @LeAlterEgo telah bercerita mengenai pengalaman abang ipar dan kakaknya sewaktu melawat villa itu pada tahun 1996. Tidak disangka berbelas tahun kemudian, mereka juga mengalami pengalaman seram ketika menonton filem Villa Nabila di pawagam pada tahun 2014. Ikuti pendedahan beliau:
Sumber: @LeAlterEgo