Lelaki Dedah Miliki RM10K Masih Tak Cukup Nak Beli Rumah – “Komitmen Sebulan Je Dah Lebih RM6K..”

Kehidupan

Lelaki Dedah Miliki RM10K Masih Tak Cukup Nak Beli Rumah – “Komitmen Sebulan Je Dah Lebih RM6K..”

Melalui platform Threads, baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsikan kisahnya mengenai kesukaran untuk memiliki sebuah rumah biarpun sudah bergaji RM10,000.

Gaji RM10k tak cukup untuk beli rumah?

Dedah lelaki terbabit, walaupun dia sudah memiliki pendapat sebanyak RM10,000 sebulan tetapi perbelanjaannya saja sudah mengambil setengah daripada gaji yang dimiliki.

Advertisement

Pecahan bulanannya adalah bayaran kereta untuk diri dan keluarga (RM2000), bayaran balik pinjaman pelajar (RM200), sewa rumah dan utiliti (RM1800), makanan dan hiburan (RM1500) serta pelan telefon, internet rumah dan insurans (RM670).

gaji rm10k tak boleh beli rumah

Jumlah bulanannya mencecah sebanyak RM6170 dan meninggalkan hanya RM4000 sebagai pendapatan yang boleh digunakan.

Bagaimanapun, dengan rancangannya yang mahu membeli kediaman impian yang bernilai lebih RM600,000 untuk ibu bapa, dia menjangkakan bayaran ansuran bulanan adalah sebanyak RM2800.

Terbeban walaupun gaji besar, mahu ada kerja sampingan

Walaupun dapat menikmati gaji yang besar selama setahun dan dua tahun bekerja, tetapi kini dirinya berasa tertekan dek terbeban mahu memilik rumah sendiri.

beli rumah

Bukan saja menanggung diri, malah dia juga menanggung kos kewangan buat ibu bapa dan adik-beradik, termasuk membayar kereta dan pelan telefon, di mana meninggalkan baki wang simpanan sebanyak RM1,200 sahaja.

Susulan hadapi cabaran ini, dia pertimbang untuk membuat kerja simpanan supaya dapat pendapatan lebih serta dapat mengurangkan bebanan pemilikan.

mengamuk disuruh alih barang barang luar rumah
5 days ago

"Aku Peduli Apa Dengan Mahkamah, Bod*h La" - Satu Keluarga Mengamuk Disuruh Buang Barang Penuh Di Koridor Aparment

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...