Lelaki Dari Malaysia Ini Selinap Masuk Ke Dalam Bandar Tinggal, Jumpa Begitu Banyak Barang Berharga

Trending

Lelaki Dari Malaysia Ini Selinap Masuk Ke Dalam Bandar Tinggal, Jumpa Begitu Banyak Barang Berharga

Pada tahun 2011 lalu telah berlaku kejadian gempa bumi kuat berukuran 9 pada Skala Rither di T?hoku yang telah menyebabkan berlakunya kemelut kemanusiaan dan kesan ekonomi yang dahsyat.

Advertisement

Bencana ini juga telah menyebabkan berlakunya tsunami yang memaksa kira-kira 300,000 orang penduduk meninggalkan kawasan berkenaan kerana kekurangan bekalan makanan, air bersih, tempat berteduh, ubat-ubatan an bahan bakar.

Kejadian tersebut telah menyebabkan satu kerosakan kritikal ke atas Loji Kuasa Nuklear Fukushima I yang menyebabkan kebocoran radiasi yang parah dan kemungkinan kemudaratan kepada kesihatan dan persekitaran jangka panjang sehingga memerlukan usaha pembersihan yang menelan belanja besar.

Oleh itu, bandar Fukushima kini telah ditinggalkan kerana kesan radiasi yang begitu tinggi merebak di kawasan berkenaan.

Bandar berkenaan yang digelar sebagai bandar berhantu kini merupakan kawasan larangan bagi orang ramai memasukinya kerana kesan radiasi.

Seorang lelaki bernama Keow Wee Loong yang merupakan rakyat Malaysia telah pergi ke negara matahari terbit berkenaan dan menyelinap masuk ke kawasan larangan tersebut.

Namun apa yang dijumpainya amat mengejutkan di mana katanya ia amat berbeza dengan kejadian di Chernobyl di mana hampir semua kedai yang ada dirompak sehingga habis licin, tetapi berbeza dengan Fukushima.

Jom kita lihat gambar-gambar yang beliau kongsikan..


Shopping di supermarket yang telah ditinggalkan sejak bencana Fukushima 2011


Banyak binatang liar yang masuk ke dalam ini mencari makanan. Difahamkan binatang-binatang itu ditinggalkan oleh pemiliknya sejak bencana Fukushima 2011


Terdapat begitu banyak majalah porno di kedai buku Fukushima, edisi 2011

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...