Seorang lelaki bertindak memotong kemaluannya menggunakan pisau sehingga putus selepas mendakwa terdengar bisikan ghaib di telinga. Kejadian itu berlaku ketika mangsa berada sendirian di rumahnya di Kalimantan Selatan.
Memetik laporan Tribunnews, Ketua Polis Batola, Mohammad Syahir Arif berkata, suspek tidak mengalami sebarang gangguan jiwa atau mempunyai masalah rumah tangga.
“Isteri mangsa pulang daripada majlis pernikahan adiknya dan terus ke dapur dan mendapati suaminya sedang menutup bahagian kemaluan dengan kedua-dua tangannya”.
Isteri mangsa memberitahu, suaminya terdengar suara ghaib yang memujuk melakukan aksi ngeri itu.