Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Lelaki Dakwa Difitnah Isteri Da’i Farhan, Tuntut Bayaran Pengubahsuaian Hospital

Kalau sebelum ini, isteri baru Da’i Farhan didakwa menggunakan sijil doktor palsu dan ada yang mendakwa wanita itu telah melarikan sebuah kereta Kenari miliknya tanpa membuat pembayaran enam tahun lepas, kini muncul pula dakwaan terbaru yang dibuat oleh seorang lelaki, yang mendakwa ditipu dan difitnah oleh wanita tersebut.

Lelaki itu yang bernama Zahari Ibrahim telah menjalankan kerja-kerja pengubahsuaian satu bangunan bagi dijadikan hospital untuk Noorainul Naqim Mohd Radzi.

Advertisement

Kerja-kerja pengubahsuaian bangunan untuk dijadikan hospital yang beroperasi di Desa Melawati telah siap 95%, tetapi Zahari berkata dia telah difitnah oleh Noorainul yang dirujuk sebagai ‘Wanita Kaabah’ dalam video dan menarik diri dari meneruskan kerja-kerja pengubahsuaian.

Dia telah mengirimkan video tersebut dengan  tujuan untuk membersihkan namanya dari fitnah dan supaya Noorainul membuat pembayaran ke atas kerja-kerja yang telah dijalankan sejak April hingga Ogos 2019 dengan tuntutan ke atas invois berjumlah RM 11,560.

Zahari bagaimanapun mengakui membuat kesilapan kerana tidak membuat perjanjian bertulis dengan Ainul sebelum membuat kerja-kerja pengubahsuaian atas dasar kepercayaan kerana Noorainul mendakwa seorang doktor pakar dengan kelulusan MBBS dari Sri Lanka.

Zahari memohon  agar Noorainul menghubunginya di 01132294105 untuk menyelesaikan kes mereka.

Sebelum ini seorang lelaki memberitahu kereta Kenarinya miliknya telah beliau persetujui untuk dijual kepada Noorainul melalui kaedah sambung bayar, bagaimanapun Noorainul dikatakan langsung tidak membuat pembayaran kereta tersebut setelah dua tahun berlalu serta menghilangkan diri, menyebabkan lelaki itu terpaksa membuat bayaran sebanyak RM 10,000 kepada bank untuk membersihkan namanya.

Advertisement

Setelah kes itu tular, lelaki itu telah menemui semula keretanya berhampiran kawasan rumahnya tetapi ia telah diletakkan dengan nombor plat palsu, menyebabkan ia gagal ditemui selama enam tahun.

Noorainul kemudiannya dikatakan telah membuat pembayaran berjumlah RM 10,000 kepada lelaki yang menuntut, yang seterusnya menganggap kes itu selesai. – beautifulnara.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 Comments

  1. Anonymous

    December 10, 2019 at 8:52 am

    SEKARANG NI BARU KAW TAHU PAK MAMAT FARHAN INSTEAD KAW NA MINUM DARAH DIA-DIA PULAK NA KIKIS HARTA AWAK KONGSI LAH DGN DIA BAYAR HUTANG KONTRAKTOR TU-PI MAKAMAH BIAR ORG SEMUA TAHU-BAGUS SATU DEMI SATU UJIAN DARI MEKAH SELEPAS UMRAH-SELEPAS UMRAH KALAU NIAT TA BETUL BETUL NA KE SITU DGN NIAT LAIN NI LA JADINYA.DOA STERI TERANIYA FATIN DGN USTAZAH YG LAIN DA NAMPAK DA SIKIT DEMI SIKIT CASH ….DI BAYAR,DR ERIN AWAK HATI HATI A LAMA JODOH AWAK DGN FARHAN TU.KAW PIGI CARI VIP-DATUK DATUK BARU CUN.

  2. Anonymous

    December 10, 2019 at 8:46 am

    PAK MAMAT FARHAN -TA BULE GELAR DAIE OR PU-BERSIHKAN NAMA DULU,TENGOK TU PAK MAMAT BINI KAW NO 2,DA KATA DAH HISAB PELAN PELAN DARAH DIA-TA LAMA LAGI BNYK IDENTITI DIA TERBONGKAR-KEMENTERIAN KESIHATAN PLEASE AMBIL TINDAKAN ORG ORG PENIPU AMBIL SIJIL DOKTOR KEPAKARAN LAH KONON CARA BECAKAP TA SEPERTI DOKTOR YG PUNYA OTAK YG CERDIK-AHHHHHHHHHHHHHHHH,FARHAN PAPAK MAMAT TENGOK DAN BUKA MATA KAW TU TU LAH AURA DIA MASYALLAH,TOLONG BOIKOT SEMUA JANGAN PIGI TEMPAT DR ERIN NI NANTI UBAT UBAT YG DIA PAKAI KAT MUKA KALIAN TU UBAT YG BETUL KA UBAT HENTAM JE,DIA CUMA NAK DUIT KALIAN TU HATI-HATI ORANG AWAM.PAK MAMAT FARHAN CONGRATS DPT BINI AURA MCM NI ISH……….

  3. mesti termakan kata2 manis pmp kaabah itu

    December 10, 2019 at 8:36 am

    hahahaha…. win komen kau! aku pun tfikir, ada ke org buat biz takda hitam putih? sudahnya, kena kencing!

  4. padan muka sama si farhan!

    December 10, 2019 at 8:34 am

    satu persatu pembohongan terbongkar.

  5. kak Jah

    December 10, 2019 at 8:30 am

    kuat aura dan kuat auta.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama