Seorang lelaki mendakwa usahawan terkenal, Rozita Ibrahim atau Bonda Rozita mengamalkan ilmu hitam untuk kekal cantik pada usia 60 tahun.
Cantik bukan sebab produk
Menerusi siaran langsung di TikTok, lelaki terbabit berkata kejelitaan Bonda Rozita bukanlah kerana hasil daripada menggunakan produk tertentu.
Siapa pentaksub Bonda Rozita? Jangan percaya dia guna produk jadikan muka macam itu. Dia bukan makan produk saja, ada ilmu-ilmu batin yang dia amalkan. Hanya orang tertentu yang boleh scan sahaja akan tahu.
Tambahnya, orang yang mempunyai ilmu batin dan ilmu agama pasti akan tahu tentang Bonda Rozita itu.
Jangan terlalu obses dengan Bonda Rozita
Dia juga menasihati orang ramai untuk tidak terlalu obses dengan ibu kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri itu dan mengingatkan agar jangan percaya sekiranya Bonda Rozita berkata dia makan produknya sendiri untuk kekal cantik.
Dia cantik, muka kekal menawan walau sudah tua bukan disebabkan produk semata. Dia sanggup beramal dengan ilmu kurafat, ilmu hitam. Sesetengah orang lama atau orang perempuan pakai susuk.
@khairulaminnnn #aliffsyukri #jrm #bondarozitaibrahim #fyp #fypシ゚viral #foryou ♬ original sound – khairulannuar