Lelaki Curi Susu Ibu Yang Disimpan Rakan Sekerja Kerana ‘Manis dan Sedap’

Trending

Lelaki Curi Susu Ibu Yang Disimpan Rakan Sekerja Kerana ‘Manis dan Sedap’

Seorang lelaki Hong Kong akan dibicarakan di mahkamah Jumaat ini kerana mencuri susu badan rakan sekerjanya, minum susu itu; dan menggantikan susu itu dengan susu lembu.
SusuIbuAN
Apple Daily melaporkan wanita berusia 26 tahun yang bekerja di sebuah agensi kerajaan di Wan Chai menelefon polis untuk melaporkan kecurian dua botol susu badannya Isnin lepas.



Susu itu disimpan dalam peti sejuk yang dikongsi di pejabat tersebut.

Advertisement

Tertuduh dikatakan telah menulis teks kepada rakan sekerjanya memberitahu susu badannya ‘sangat manis dan sedap’ serta meminta lebih lagi.

Apabila polis tiba di lokasi kejadian untuk menyiasat kes itu, seorang lelaki berusia 42 tahun yang menggunakan nama Yiu mengaku telah minum susu badan itu dan menggantikannya dengan susu lembu. Lelaki itu kemudiannya ditahan kerana mencuri.

Agensi tempat mereka bekerja mengesahkan Yiu ialah seorang pegawai telekomunikasi dan ia akan menyelesaikan situasi tersebut mengikut prosedur yang berkaitan.

Kejadian kecurian itu dihebahkan pada orang ramai pada petang Sabtu sewaktu Persatuan Ibu Menyusu Badan Hong Kong ‘mengutuk’ kecurian itu di Facebook dan memberi peringatan kepada ibu yang menyusu badan untuk ‘berhati-hati ketika menyimpan susu’ dan ‘menyimpan susu dalam bekas berkunci sekiranya perlu’. – amazingnara.com

Sumber: The Sun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...