Lelaki Cuba Ngorat Doktor Tapi Kena ‘Sembur’ Balik – “Bini Aku Anak 1 Je Pun, Dah Macam Acik-Acik”

Kehidupan

Lelaki Cuba Ngorat Doktor Tapi Kena ‘Sembur’ Balik – “Bini Aku Anak 1 Je Pun, Dah Macam Acik-Acik”

Gara-gara masih hangat isu suami curang dan berpoligami, media sosial pada minggu ini dipenuhi dengan kisah-kisah yang lebih kurang sama.

Kalau nak diikutkan, sebelum ini memang banyak sahaja cerita yang tular tentang kecurangan pasangan masing-masing tetapi kali ini ia lebih teruk impaknya kerana isu Syamsul Yusof dan Ira Kazar.

Advertisement

isteri tengkin suami
1 year ago

(VIDEO) "Terus Hilang Rasa Hormat Kau.." - Marah Dengan Kisah Syamsul, Isteri Sanggup Tengking Suami Tak Bersalah

Tular di Facebook baru-baru ini tangkap layar perbualan di Whatsapp apabila seorang doktor menerima mesej daripada lelaki yang menghina isterinya.

Menerusi mesej dihantar, lelaki berkenaan mempunyai seorang anak dan mengaku sayang doktor bernama Suraya itu serta turut membandingkan penampilan wanita tersebut dengan isterinya.

U baik, suka membantu, bijak, Cantik memang sangat sangat cantik. Bini aku beranak 1 je pun. Dah macam acik acik aku tengok.”

Bukan itu sahaja, dia juga dengan selamba menyatakan kemahuannya untuk berkahwin dengan doktor Suraya kerana lebih pandai mencantikkan diri.

Doktor itu yang terkejut dengan mesej diterimanya kemudian terus melabel lelaki tersebut ‘jantan tak guna’ serta turut membidas penghinaan lelaki berkenaan terhadap isterinya.

Malah, dia turut senaraikan apa yang dilakukannya sehingga dapat berpenampilan cantik seperti harga skincare yang mahal, pergi bersenam di gimnasium serta makan beberapa jenis supplement.

Ruangan komen di Facebook dipenuhi dengan pelbagai respon daripada warganet di mana rata-ratanya berasa kasihan dengan isteri lelaki terbabit kerana mempunyai suami sebegitu.

Sesetengah netizen berpendapat ia hanyalah rekaan semata-mata untuk content kerana isu seperti itu sedang hangat dibualkan di media sosial.

Dalam pada itu, segelintir wanita berpuas hati dengan cara Dr Suraya membalas semula kata-kata lelaki tersebut selain turut mengingatkan yang lain untuk memberi respon sepertinya jika ada suami orang yang cuba mengorat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...