Lelaki China Sunyi Sanggup Serahkan Semua Wang Pencen Kepada Keluarga Yang Sudi Terimanya

Trending

Lelaki China Sunyi Sanggup Serahkan Semua Wang Pencen Kepada Keluarga Yang Sudi Terimanya

Seorang pesara di China baru-baru ini menghantar satu iklan ganjil kepada sebuah akhbar–bahawa dia mencari satu keluarga yang sudi tinggal dengannya sebagai tukaran kepada pencen yang diterimanya setiap bulan.

lonely-man

Advertisement

Huan Qi, berusia 75 tahun dari Changzou di wilayah Jiangsu memberitahu People’s Daily Online yang dia tinggal sendiri sejak isterinya meninggal dunia pada 1999. Saudara mara yang masih hidup jarang melawatnya, dan dia sudah bosan bangun tidur dalam sebuah rumah yang kosong dalam keadaan sunyi.

lonely-man2

Anak lelaki tunggal Huan tinggal di asrama tempat kerja di Changzou tidak dapat membawa bapanya tinggal bersama. Abang Huan sudah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu manakala adik beradik lain tinggal jauh di Shandong. Cucu Huan sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak, jadi tidak dapat selalu melawat Huan.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnhya.

PST2015 kembaLi menemui ANDA pada 29 & 30 Mei ini…membawakan Persatuan Penggiat Seni Budaya Kelantan (PESIBAN) dengan…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 7 May 2015

Seorang wanita bernama Xiao Yun menjaga Huan selama enam tahun, tetapi telah berpindah setelah berkahwin.

Bila dia berkahwin saya serahkan dia kepada suaminya seperti anak perempuan sendiri dan sejak itu saya rasa sunyi. Tak ada siapa di rumah saya. Saya bercakap seorang diri dan melihat album gambar lama sahaja.

lonely-man3

Setelah membuat pertimbangan teliti, Huan mendapat idea untuk memberikan wang pencennya kepada keluarga yang sudi ‘mengangkat’nya. Dia sedar persetujuan seperti itu perlu memberi faedah kepada kedua-dua belah pihak jadi dia rela membenarkan keluarga itu tinggal di rumahnya tanpa membayar sewa. Dia juga sanggup pindah ke rumah keluarga angkatnya. Keluarga angkatnya boleh menyimpan wang pencennya sebanyak 6,000 yuan (RM 3482.14 ) sebulan tetapi rumahnya tetap akan diwarisi oleh anak lelakinya.

Huan hanya meminta satu perkara kepada keluarga angkatnya–yang mereka akan menanam mayatnya di sebelah kubur isterinya apabila dia meninggal dunia. Dia juga telah menguruskan pembayaran kos pengebumiannya itu nanti yang diambil dari wang simpanannya.

Sumber: China Daily Online via Daily Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...