Lelaki Cerita Pengalaman Misteri Tentang Penunggang Motor Yamaha 125Z Warna Biru

Trending

Lelaki Cerita Pengalaman Misteri Tentang Penunggang Motor Yamaha 125Z Warna Biru

Masa ni sekitar tahun 2003-2004. Satu hari minggu itu, ibu bapa aku minta tolong aku uruskan salah satu rumah sewa mereka sebab ada penyewa baru nak masuk memandangkan aku seorang saja yang ada kelapangan untuk hari itu. Jadi, masa aku gerak tu dah agak lewat petang juga masa itu. Dalam pukul 5.00 lebih macam itu.

matmotorDalam perjalanan ke rumah sewa itu, aku lalu satu kawasan FELDA. Lepas sedikit dari gerbang FELDA itu, ada kemalangan yang baru berlaku. Seorang abang ini sudah terbaring atas jalan. Jarak motor dengan abang tu, adalah dalam 10 meter di tepi jalan.

Advertisement



Masa aku hampir sampai di kawasan tu, aku nampak ada lori satu tan pecut laju. Jadi, aku simpulkan, lori itulah yang langgar abang tu. Tiba dekat abang tu, aku berhentikan motor and angkat dia ke tepi. Masa aku angkat tu, dia tak sedar.

Aku cuba gerak-gerak dia, langsung tak ada respon. Tetapi aku tengok, tak ada juga pendarahan teruk. Topi keledar dia pun masih tersarung di kepala.

Jadi dengan berdebar-debar, aku pun tanggalkanlah topi keledar dia. Pun tak ada darah mengalir juga. Cuma aku nampak luka calar di tangan dia. Tapi tu luaran la. Sebab dia pakai jaket ala-ala Arai punya jaket, dalaman wallahua’lam.

Aku tak berani buka. Takut di luar tak nampak, buka jaket, melimpah pula darah. Tengok darah nanti, aku yang pengsan di situ. Dah lain pula ceritanya. Aku bukannya boleh tengok darah-darah ini. Hati kecil. Huhu.

Jadi, aku fikir nak bawak dia ke klinik, aku pula bawa motor.

Sebenarnya, aku saksi kedua selain ada seorang makcik yang jual goreng pisang seberang jalan dari tempat kejadian. Jadi aku tinggalkan abang tu sekejap, aku lari dapatkan makcik itu yang nampak agak trauma, tengah kejung berdiri belakang gerai dia.

Aku minta tolong makcik itu telefon siapa-siapa yang makcik itu kenal di kampung itu yang ada kereta. Tolong bawa abang itu ke klinik atau hospital.

Kawasan memang agak sunyi. Jenuh nak tunggu kenderaan lalu lalang. Nak telefon 999 memang lambatlah. Dia tanya itu, tanya ini, elok-elok 50-50, boleh jadi terus ‘gol’.

Sorry to say lah, gua ada pengalaman. Tak ada niat nak boikot pasukan keselamatan kita. Ya, memang kalau dah ajal tak ke mana, tapi kalau respon cepat, taklah seksa sangat si mangsa. Ya tak? Lagilah hospital berpuluh batu dari tempat tu, nak tunggu ambulans lagi.

Jadi, makcik itu telefonlah suami dia. Sementara tunggu tu, aku tanyalah makcik itu punca kejadian. Makcik itu cerita, dia nampak abang itu baru saja berhenti di situ. Dia turun, tongkatkan motor dia, selepas itu tertonggeng-tonggeng macam tengah periksa tayar.

Tak lama selepas itu datang lori (yang aku nampak tadi), macam hilang kawalan, hentam kuat abang tu. Motor dia ke kiri, abang tu tercampak ke depan lori.

Lori itu undur sedikit, ingatkan nak tolong. Rupanya dia ke tepi, terus pecut tinggalkan abang itu. Tak lama selepas itu aku sampai. Jadi, memang tepatlah jangkaan aku.

Lebih kurang 10 minit kami borak, suami makcik itu pun sampai. Jadi, aku tolonglah angkat abang itu masuk kereta. Nak iring, aku nak kejar orang tengah tunggu nak masuk rumah. Jadi, cara lain, aku keluarkan beberapa helai duit kertas yang aku ada, selit di dalam kocek seluar abang itu. Itu tanda setakat itu saja aku dapat tolong dia.

Balik pada niat asal, aku pun teruskan perjalanan menuju ke rumah sewa. Kejadian tadi masih bermain di dalam kepala aku. Tak ingat benda-benda lain dah. Asyik terkenang apalah status abang tu. Tiba-tiba ada sebiji motor 125Z biru pintas aku, dia hon 2-3 kali sambil angkat tangan.

Aku pun balas hon dengan angkat tangan. Tak pasti aku siapa. Mamat itu terus pecut tinggalkan aku. Dah beralih pula memikirkan siapa pula yang ‘beri salam’ tu.

Sedang aku fikir-fikir tentang pemilik 125Z itu tadi, baru aku perasan. Motor kepunyaan abang yang kemalangan tadi! Ya! 125Z biru!

Itu jam kepala otak aku dah melayang. Nak patah balik jauh. Nak terus ke rumah sewa, balik nanti jalan dah jadi gelap. Mampus.

Tak tau dah apa yang aku fikir masa itu. Jadi, aku istighfar banyak-banyak, berdoa, minta Allah tenangkan hati aku dan tunjukkan ke arah mana yang sepatutnya aku tuju.

Alhamdulillah, tak lama itu baru rasa lega sedikit. Gelisah makin kurang, sedar tak sedar, aku sampai juga di rumah sewa. Janji dengan penyewa lepas maghrib. Sementara aku tunggu penyewa sampai, aku cuci-cucilah rumah itu sedikit.

Masuk Maghrib, aku solat di surau belakang rumah itu. Selepas solat baru aku dapat satu klu. Mungkin abang itu dah ‘tak ada’. Dia pintas aku tu, mungkin sebab nak ucap terima kasih. Wallahua’lam.

Malam itu, selesai dengan penyewa, aku gerak balik ikut lebuhraya. Biar jauh sedikit, asal aku sampai rumah dengan tenang dan lancar.

Alhamdulillah, perjalanan aku lancar tanpa sebarang halangan.

Itulah kisahnya. Terpulang pada penilaian kamu semua. Apa yang terjadi hari itu, ketentuan Allah SWT. Setiap kejadian ada hikmahnya. Insya-Allah.

Salam sahabat.

Sumber: Uncle Syibdisunting untuk diterbitkan di amazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...