Lelaki Cerita Pengalaman Beli Keria Sira Tak Viral Di Melaka, “Tak Viral Tak Bermakna Tak Sedap”

Trending

Lelaki Cerita Pengalaman Beli Keria Sira Tak Viral Di Melaka, “Tak Viral Tak Bermakna Tak Sedap”

Minggu lepas, kisah pengalaman pahit seorang wanita yang hamil sewaktu membeli kuih keria viral di negeri Melaka telah menjadi viral.  Ada yang menganggap wanita itu tidak sepatutnya menceritakan kisah tersebut, dan ada yang menyokong wanita itu kerana mendakwa mereka juga mengalami masalah yang sama sewaktu cuba membeli keria viral tersebut. Bermakna, bukan wanita itu seorang saja berdepan dengan masalah perkhidmatan di kedai tersebut sebelum ini.
keriatakviralan
Bagaimanapun, seorang pengguna Facebook, Mohd Shariffudin Mohd Nor telah menceritakan pengalaman membeli kuih keria yang tidak viral pula, juga di Melaka. Mari baca pengalaman menarik beliau:

Advertisement

:Kisah Keria Gula Melaka Yang Tak Viral::

Baru- baru ni viral kisah kuih Keria Gula Melaka di negeri Melaka. Sejak hari tu Puan isteri pasang angan-angan nak beli kuih yang jadi buah mulut netizen di FB.

Takdir Allah semasa bercuti di Melaka, kami lalu betul-betul di hadapan gerai kuih Keria yang viral tu. Kedainya terletak di Jalan Limbungan. Dari luar memang penuh kenderaan yang berhenti. Aku turun jugak tengok kalau-kalau ada rezeki, tak dapat beli banyak..3, 4 ketul pun jadilah.

Masuk je dalam kedai aku perhatikan tak kurang 20 orang tengah berkerumun sorang mak cik. Aku tak pasti mak cik tu tengah ambil order ataupun tengah agihkan saki baki kuih yang ada.

Malas nak mengeruhkan keadaan, aku tinggalkan kedai tu dengan hati yang sedikit kecewa. Bukan apa, seboleh mungkin aku tak nak hampakan harapan orang. Lagi-lagi yang melibatkan bab makan ni.

15384518_10209567613041006_5841820269717165101_o

Memang dah nasib kami agaknya, sebab turun bercuti masa peak time macam ni. Aku pasrah dan pecut ke destinasi berikutnya. Jam dah pukul 3.30pm, kami masih belum makan tengahari lagi gara-gara nak makan Asam Pedas Kota Laksamana. Kenapa? Panjang pulak kalau aku nak cerita di sini.

Perancangan manusia selalu meleset tetapi perancangan Allah jua yang terbaik. Tak lama lepas tu hujan mula turun. Dari renyai-renyai kepada lebat. Dalam hati Allah sahaja yang tahu. Mujur anak-anak masih tidur keletihan. Mungkin juga diorang tidur sebab kelaparan?

Takdir Allah, tak lama lepas tu kami ternampak deretan gerai makan di tepi jalan. Tak fikir panjang aku terus parking kereta kami di bahu jalan. Aku kejut anak-anak yang masih terpinga-pinga bila dibangunkan untuk makan.

Kami order beberapa menu buat mengalas perut yang dah sebu tak makan dari tengahari. Lega rasanya dapat makan sebab kami belum pasti bila akan sampai ke destinasi berikutnya.

Habis makan Puan Isteri bangun bersama anak-anak. Nampak macam nak beli air. Sambil tu aku terus habiskan makanan yang masih berbaki.

Tak lama lepas tu, Puan isteri datang semula ke meja aku dan tunjukkan apa yang di belinya. Aku tanya, “Kuih apa ni?” Dia jawab, “Ni lah kuih keria sira melaka”. “Ooh ye ke?”. Manalah aku tahu sebab tengok kuih tu gebu semacam dan diselaputi warna perang. Yang biasa aku makan, kuih kerianya kurus dan diselaputi sira gula pasir yang berwarna putih.

15400559_10209567612881002_4999667571234808013_n

Aku cuba jamah sikit, sebab perut dah tak boleh nak terima lagi. “Ya Allah! Kuih apa ni?” “Mmmm….. Sedap sungguh!” Seumur hidup, ini lah kuih keria paling sedap aku pernah jumpa. Dahlah gebu, keledeknya padat dan siranya yang sekata menambah aroma lazatnya keria gula melaka. ALLAH.. nikmat apakah lagi yang aku mahu dustakan.

Apa yang aku belajar dari pengalaman kuih keria ni:

+ Suatu yang tak viral belum tentu tak sedap. Jangan kita pandang sebelah mata. Begitulah sebaliknya.

+ Setiap ujian yang Allah beri itu tersembunyi hikmah yang mendalam. Allah sebenarnya nak gantikan kita dengan suatu yang lebih baik.

+ Terus usaha dan berdoa bila ditimpa musibah. Pertolongan Allah pasti tiba.

NOTA:
Foto (1) Kedai kuih keria viral yang tak kesampaian
Foto (2) Kuih Sira Melaka yang berjaya dibeli

***

Sebenarnya sebelum ini penulis juga pernah membeli kuih keria sira di Restoran Kueh Kampung, Melaka, yang tidak memerlukan penulis beratur (penulis takkan beratur untuk membeli makanan. Penulis akan menganggap rezeki penjual lain saja untuk menerima duit penulis). Memang sedap, malah bukan keria sira sahaja, kuih seri muka, kuih koci dan tat nenas di situ juga sedap (belum cerita pasal asam pedas tetel lagi, kaw pedas dan cair di mulut).

Atau buat sendiri pun boleh, Dapur Kecil Zaira telah memuat naik satu video cara-cara membuat keria sira gula melaka yang menggunakan resipi Azlina Ina. Jom cikedot!


Pendek kata, sekiranya tak dapat membeli kuih viral, jangan kecewa, anda boleh saja membeli kuih keria yang lain. Iyalah, tak semestinya ia tak viral, ia tak sedap. Siapa tahu ia lebih sedap lagi pada selera anda, bukan?

amazingnara.com

Sumber: Mohd Sharifuddin Mohd Nor

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...