Lelaki Cerita Detik Selepas Kemalangan Ragut Nyawa Isteri Dan Anaknya, “Dia Terbaik Buat Saya”

Trending

Lelaki Cerita Detik Selepas Kemalangan Ragut Nyawa Isteri Dan Anaknya, “Dia Terbaik Buat Saya”

Tiada apa lagi yang mampu dikatakan oleh Mohd Hasnun Ramli, 29, apabila melihat anaknya kaku setelah terlibat dalam satu kemalangan membabitkan 16 kenderaan di KM406 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Tanjung Malim, yang menghala ke pusat bandar, semalam.  Hanya memanggil nama anaknya:

Umaira, Umaira anak ayah.


 photo 11745933_10207539118497822_1093099742285822600_n copy.jpg

Menurutnya, kejadian itu berlaku detika kenderaannya sedang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia.

Masa tu jalan sesak disebabkan ada kemalangan di hadapan, kereta memang tidak bergerak.

Seingat saya, saya sedang mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran, manakala anak dan isteri saya sedang tidur.

 photo 13466435_1772599022977575_9030245714506193431_n.jpg

Katanya, tiba-tiba dia merasakan sesuatu merempuh kenderaannya itu dari belakang.

Keadaan masa tu berlaku dengan pantas, badan saya terhentak ke stereng kereta, namun saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Saya ingat setiap detik masa tu. Paling menghibakan saya lihat arwah isteri berlumuran dengan darah dan tidak lagi bernyawa, saya lihat anak saya, saya panggil namanya Umaira berulang kali, kali pertama dia menangis dan terus senyap, ALLAH sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu.

 photo 13529162_1726464594265089_2276158583568412614_n.jpg

Mohd Hasnun berkata dia menganggap apa yang berlaku sebagai ketentuan Allah yang harus dia terima:

Dia ada berkata kepada saya yang dia teringin nak menunaikan solat tarawih bersama saya di Masjid Biru (masjid negeri Shah Alam).

Saya berjanji untuk membawanya, namun ini sudah tertulis yang dia akan pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya.

Katanya, dia baru berpindah dan tinggal bersama isteri serta anaknya di Pulau Pinang selama setahun.

Sebelum ini saya tinggal di Kuala Lumpur, tapi memandangkan isteri bekerja di sini, jadi saya pindah ke sini.

Pada saya arwah seorang isteri yang amat sempurna, dia terbaik buat saya, namun ketentuan ALLAH melebihi segalanya saya redha dengan apa yang berlaku ini.

Advertisement


 photo 13511034_2057237464501703_7242784328643212256_n.jpg

Jenazah isteri dan anak Hasnun, Nurul Syazeila Iryani Suhaimi, 28, dan anaknya Hanna Humaira Mohd Nasrun, 1 tahun 5 bulan selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Pekan Darat 11.30 malam tadi.

Terdahulu jenazah dua dua beranak itu tiba di rumah bapa mangsa di Kampung Permatang Tok Jaya pada 10.38 malam.

Turut mengiringi jenazah ialah suami mangsa, Mohd Nasrun Ramli, 29.

Jenazah kemudian disembahyangkan di Masjid Jamek Pekan Darat.

Kira-kira 500 saudara mara dan kenalan mangsa turut hadir bagi memberi penghormatan terakhir.-amazingnara.com

Sumber: Sinar Harian, Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

3 Comments

  1. Ibu

    June 27, 2016 at 9:56 am

    Kereta mereka kiranya di barisan belakang sekali masa kesesakan lalulintas dan dirempuh dr belakang oleh lori ke?

  2. bukan nama sebenar

    June 25, 2016 at 9:19 am

    nama suami tulis tu biar betol2.. kejap hasnun kejap nasrun..

  3. Anonymous

    June 25, 2016 at 1:06 am

    Akibat kecuaian pemandu lain,org yg x tau apa2 jadi mangsa…