Lelaki Bunuh Diri Beberapa Jam Selepas Saksikan Kematian Isteri Di Hospital

Trending

Lelaki Bunuh Diri Beberapa Jam Selepas Saksikan Kematian Isteri Di Hospital

Seorang suami yang setia membunuh diri beberapa jam selepas menyaksikan kematian isterinya di hospital, setelah berpesan ‘saya akan jumpa kamu nanti’, seperti yang diberitahu pada satu inkues.


 photo article-2573710-1C0CC61000000578-495_634x575.jpg
Adrian Cross tidak pernah bermalam di mana-mana selain dengan isterinya sejak perkahwinan 15 tahun lalu, dan berjanji yang dia tidak akan hidup tanpa isterinya. Beberapa jam selepas isterinya, Tammy meninggal dunia kerana masalah jantung Oktober tahun lepas, Adrian ditemui mati di rumahnya dengan memakai jubah tidur merah jambu milik isterinya sambil memegang gambar wanita itu.

Advertisement


 photo article-2573710-1C0CC72800000578-739_634x457.jpg
 photo article-2573710-1C0CC74300000578-967_634x500.jpg
Pasangan itu berkahwin di Republik Dominican pada tahun 1999 dan tinggal di Merthyr Tydfil, South Wales.

Bagaimanapun, sepanjang tiga tahun lepas, Tammy, 37, mempunyai masalah pernafasan dan dia meninggal dunia di hospital disaksikan oleh suaminya.

Baca sepenuhnya artikel ini selepas pesanan penaja.

 Adrian, 45, yang bekerja untuk majlis tempatan, diminta secara formal untuk mengecam mayat isterinya dan meninggalkan bilik mayat dengan mengucapkan ‘saya akan jumpa kamu selepas ini Tam’.

Saudara mara menyangka dia merancang untuk pulang ke hospital bagi memberi penghormatan terakhir, sebaliknya Adrian pulang ke rumah dan menelan pil secara berlebihan.

Sambil menahan tangis, ibu saudara Adrian, Yvonne Thornley memberitahu inkues:-

Dia kata, “saya akan jumpa kamu selepas ini, Tam.”

Saya sangka dia maksudkan akan kembali ke hospital, tetapi dia tidak muncul.

Koroner Andrew Barkley bertanya kepada Yvonne jika dia ada mendengar Adrian mengatakan: ‘saya takkan berada jauh di belakang kamu’ dan ‘saya tak dapat hidup tanpa kamu’. Dia menjawab:-

Ya, dia banyak bercakap tentang sesuatu seperti itu.

Adik Tammy, Dawn Jones memberitahu inkues yang abang iparnya pernah berkata: ‘jika ada apa-apa berlaku, saya akan mengikut dia.’


 photo article-2573710-1C0CC74900000578-538_634x463.jpg
Dawn menambah yang Adrian memberitahunya di hospital:

‘Kau pun tahu, Dawn’. Itu bermakna dia akan ikut kakak, tetapi pada masa itu kami tidak terfikir yang dia betul-betul akan lakukannya.

Satu laporan toksikologi terhadap mayat Adrian mendapati yang badannya mengandungi kadar ubat penahan sakit yang sangat berbahaya dan ubat anti-depresi dalam darah dan air kencing.

Koroner Barkley merakamkan keputusan beliau yang Adrian telah membunuh diri.

Semasa kematian pasangan itu, bapa Adrian memberitahu yang dia tidak pernah kenal mana-mana pasangan lain yang sangat setia antara satu sama lain.

Saya tidak pernah melihat cinta seperti ini dan saya fikir takkan melihat cinta seperti ini lagi. Adrian selalu kata dia akan ikut Tammy kalau apa-apa terjadi.

Lebih 1,000 orang menghadiri pengebumian mereka berdua di gereja St John di Cefn Coed.

Laporan asal: Dailymail UK

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...