Lelaki Bukan Islam Bakar Al-Quran, Kecewa Kekasih Berubah Hati

Trending

Lelaki Bukan Islam Bakar Al-Quran, Kecewa Kekasih Berubah Hati

Malam tadi, senaskah tafsir Al-Quran dibakar seorang lelaki bukan Islam di Pekan Kuala Nerang, Alor Setar. Kurang ajar betul!

Menurut laporan Harian Metro, motif lelaki itu berbuat demikian kerana dipercayai kecewa dan marah dengan kekasihnya yang berubah hati.

Advertisement

Kejadian itu dilaporkan kepada pihak polis selepas seorang lelaki Melayu melihat satu video dimana lelaki tersebut membakar Al-Quran di belakang tandas menerusi aplikasi WhatsApp. Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata bahawa satu kertas siasatan dibuka berhubung kes ini.

Lokasi kejadian tidak mempunyai CCTV dan merupakan kawasan terbuka. Polis mengambil cebisan Al-Quran yang terbakar itu bagi membantu siasatan.

Kemudian, lelaki berusia 36 tahun itu ditahan di Pekan Kuala Nerang dan polis merampas dua unit telefon bimbit, satu unit pemetik api dan sepasang selipar yang dipercayai digunakan ketika kejadian.

Menurut suspek, senaskah Al-Quran yang dibakarnya adalah pemberian daripada bekas kekasihnya.

Hasil soal siasat, suspek mendakwa dia tidak berbuat untuk menyentuh sensitiviti agama namun dia ditahan reman untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435/295 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 14 tahun dan denda bagi kesalahan Seksyen 435 Kanun Keseksaan manakala hukuman penjara dua tahun, denda dan kedua-duanya bagi kesalahan Seksyen 295 Kanun Keseksaan.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...