Satu video dikongsikan di TikTok oleh seorang lelaki tular memaparkan detik ketika dia memberikan kejutan buat ibu bapa di kampung.
Difahamkan, pada awalnya dia tidak dapat pulang beraya bersama keluarga disebabkan tuntutan kerja namun rezeki diberikan Allah, dia diberikan cuti oleh majikan.
Katanya, dia sudah tujuh bulan tidak dapat pulang ke kampung dan berjumpa dengan ibu bapanya dan terus merancang untuk membuat kejutan apabila dibenarkan cuti.
Sepatutnya tak dapat balik raya sebab kontrak baru (kerja) sampai bulan 5 tapi rezeki Allah, majikan bagi balik jumpa keluarga.
Rakaman itu memaparkan lelaki berkenaan dengan santai sahaja berjalan masuk ke rumah sebaik sahaja tiba dan terus bersalam dengan bapanya.
Ketika itu, ibunya sedang memandang ke arah lain dan dia dilihat lalu di belakang untuk salam bapanya sebelum terus menoleh dan menghulurkan tangan kepada ibu.
@8mannnnnnnnnAfter 7 months not seeing my parent especially umi yg berharap balik raya..Sepatutnya tk dpt balik raya sbb new contract smpai bulan 5 tapi rezeki allah, dia bgi kita balik jumpa family jugak 🤲🏼..penat tau seminggu simpan rahsia sbb tknk bgi depa tau 🤣♬ original sound – FaezReza
Reaksi ibunya yang menjerit kerana terkejut melihat kelibat anak lelakinya di depan mata meraih perhatian netizen di TikTok dan turut menyentuh hati ramai.
Ramai yang memberikan komen teringatkan ibu masing-masing, yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. Rata-ratanya menyuarakan keseronokan dirasai setiap anak apabila dapat menyambut Hari Raya bersama ibu tercinta.
Dalam pada itu, ada yang berseloroh dan menegur reaksi bapa lelaki berkenaan yang’chill’ dan berkata kebanyakan figura ayah memang sebegitu.
Bapak bapak sentiasa chill kan. Tak tunjuk sangat teruja dia. Dalam hati tu mesti nak melompat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.