Lelaki Buang Mee Goreng Atas Meja, Tanda Protes Bengang Peniaga Gerai Lupa Pesanan ‘No Taugeh’

Kehidupan

Lelaki Buang Mee Goreng Atas Meja, Tanda Protes Bengang Peniaga Gerai Lupa Pesanan ‘No Taugeh’

Kerana tidak suka mee goreng dipesannya mempunyai taugeh, seorang lelaki yang berang melakukan satu tindakan protes terhadap peniaga gerai.

Kisah itu dikongsi di Facebook Persatuan Tak Makan Taugeh Satu Malaysia di mana lelaki itu mendedahkan dia telah memaklumkan kepada pembantu kedai bahawa dia tidak mahu taugeh di dalam mee goreng.

Advertisement

Ketika pesanannya sampai dan dia melihat terdapat taugeh di dalam mee tersebut, lelaki berkenaan menjadi marah dan menyalahkan antara dua individu iaitu pembantu gerai yang mungkin tidak dengar atau tukang masak yang mungkin terlupa dengan permintaannya.

Selalunya saya akan minta mereka masak semula hidangan saya. Tetapi kerana saya kesian dengan peniaga gerai itu kerana tidak mempunyai ramai pelanggan, jadi saya lakukan ini sebagai tanda protes.

Menerusi gambar yang dimuat naik, mee goreng tersebut dilihat sudah dibuang oleh lelaki itu di atas meja sebagai tanda protes dan rasa marah.

Kamu bersihkanlah meja ni kak. Dengar baik-baik, taknak taugeh maknanya taknak taugeh lah!

buang mee sebab ada taugeh

Sementara itu, ‘haters’ taugeh di dalam group tersebut menyokong tindakannya melakukan protes sedemikian atas alasan untuk memberi pengajaran kepada peniaga untuk lebih peka dengan pesanan pelanggan.

Ramai akui kadang kala berasa marah kerana pembantu kedai yang mengambil pesanan sambil lewa dan tidak peka dengan request pelanggan mereka.

komen netizen

Bagaimanapun, kebanyakannya kurang bersetuju dan tidak menyokong tindakan lelaki itu dan mengkritiknya kerana menyusahkan pekerja gerai.

Malah, ramai yang mempersoal tentang adab lelaki berkenaan dan berkata boleh sahaja dia mengasingkan taugeh itu daripada membazir dan kurang ajar sebegitu.

komen netizen

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

3 weeks ago

Dituduh 'Lingkupkan' Perniagaan Peniaga, Jason Tampil Bersuara - "Saya Pelanggan Jadi Saya Jujur, Tekak Awak Dengan Saya Lain-Lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...