Lelaki British Dakwa ‘Dianiaya’ & Terkandas Di Malaysia Kerana Gagal Bayar Parkir RM7 – ‘Negara Ini Hanya Tahu Ambil Kesempatan’

Kehidupan

Lelaki British Dakwa ‘Dianiaya’ & Terkandas Di Malaysia Kerana Gagal Bayar Parkir RM7 – ‘Negara Ini Hanya Tahu Ambil Kesempatan’

Baru-baru ini, melalui laporan Express.co.uk, seorang lelaki British mendakwa dirinya terkandas di Malaysia gara-gara gagal membayar tiket parkir kereta.

Dipenjara hanya kerana gagal bayar caj parkir RM7?

Lelaki British yang bekerja sebagai jurutera elektrik berpangkalan di London, Ahmed Hadi itu berkata pasportnya telah diambil oleh pihak mahkamah selepas berlakunya insiden dia meletak kereta selama 10 minit di tempat letak parkir kereta di Pulau Pinang, 7 Disember lalu.

Advertisement

pelancong british stuck di malaysia

Ahmed berkata dia cuba untuk membayar caj parkir sebanyak RM7 (£1.27), namun mesin pembayaran menolak kedua-dua kadnya.

Berang dengan hal itu, dia telah menolak palang parkir berkenaan hingga berlakunya kerosakan dan disebabkan itu, Ahmed ditangkap, lalu dibicarakan di mahkamah.

Dakwa dirinya teraniaya, tidak akan bebas

Keadaan dalam sel sangat teruk. 50 orang terpaksa berkongsi satu tandas. Salah seorang pegawai polis mengancam untuk memukul saya. Kita fikir Britain bermasalah, tetapi ini membuatkan saya sedar betapa baiknya keadaan di sana.

pelancong british stuck di malaysia

Dalam pada masa yang sama, lelaki berkenaan turut mendakwa negara ini cuba mengambil kesempatan dan sama sekali tidak akan bebas.

Bagi membebaskan Ahmed dari penjara, isterinya, Lucy terpaksa membayar sebanyak  £2,425.41 (RM13,231), termasuk bayaran jaminan dan yuran guaman.

2 weeks ago

Pelancong Malaysia Jangan Berkunjung Ke Perkampungan Nelayan Narathiwat - Polis Thailand

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...