Program vaksinasi sedang giat dijalankan hampir di seluruh Malaysia yang melibatkan kakitangan kesihatan berganding bahu bagi mengekang wabak pandemik. Gempar baru-baru ini apabila seorang lelaki berusia 20 tahun yang kantoi menyamar sebagai seorang doktor di sebuah Pusat Pemberian Vaksin (PPV).
Kejadia itu berlaku di Hospital Umum Sarawak di mana tertuduh telah menyamar sebagai seorang doktor sekurang-kurangnya sebanyak 32 kali sejak 16 Jun hingga 1 Julai.
Menurut laporan, doktor tipu itu memiliki cop, kad nama, peralatan perlindungan peribadi, peralatan perubatan dan kelengkapan sendiri yang lain. Pada 22 Jun lalu, doktor tipu itu kantoi ketika berbual dengan doktor lain di mana doktor tersebut mendapati dia baru berusia 20 tahun.
Ketika disoal siasat, dia mengatakan berminat untuk menjadi doktor dan telah mempelajari perubatan kesihatan secara atas talian sahaja. Memandangkan dia berusia 21 tahun, tiada pengakuan direkodkan sementara menunggu laporan akhlak dikeluarkan.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan atas kesalahan menyamar sebagai penjawat awam yang membawa kepada hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.