Lelaki Berperwatakan Lembut Dijumpai Meninggal Dunia Selepas Terima ‘Injection’ Besarkan Punggung

Berita

Lelaki Berperwatakan Lembut Dijumpai Meninggal Dunia Selepas Terima ‘Injection’ Besarkan Punggung

Seorang lelaki berperwatakan lembut dilaporkan meninggal dunia selepas selesai mendapatkan perkhidmatan untuk membesarkan otot punggungnya.

Menurut laporan, lelaki berusia 31 tahun itu ditemukan di sebuah bilik hotel di Teluk Intan oleh rakannya dalam keadaan terbaring atas katil dan tidak bernafas pada jam 3 petang, 24 Januari lalu.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki itu datang ke hotel bersama rakannya dan dilaporkan telah mengambil suntikan itu daripada seorang wanita pada 10 pagi, hari yang sama.

Difahamkan, dia membuat janji temu bersama wanita yang juga peniaga kosmetik dari Melaka itu untuk mendapatkan perkhidmatan membesarkan punggung dengan bayaran RM500 bagi satu suntikan.

Pada jam lebih kurang 12 tengah hari selepas selesai suntikan, mangsa meminta izin untuk berehat dalam bilik kerana penat.”

Wanita itu pula dikatakan keluar dari hotel untuk pulang semula ke Melaka. Namun pada jam 3 petang, wanita itu kembali semula ke hotel selepas mendapat tahu pelanggannya tidak bernafas dan tidak bergerak.

Kematian mangsa disahkan pegawai kesihatan yang hadir ke lokasi dan mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Teluk Intan untuk dibedah siasat.

Bagaimanapun, setakat ini doktor tidak dapat mengaitkan punca kematiannya dengan kesan suntikan diambil. Hasil laporan bedah siasat mendapati punca kematian adalah disebabkan oleh paru-paru bengkak dan berair.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan tiada sebarang unsur jenayah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending lain pada pautan di bawah.

Lufya Omar
2 years ago

Nafi Buat Pembedahan Bariatrik Untuk Pikat Lelaki, Lufya Omar Kata Untuk Tujuan Kesihatan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...