Laman Facebook Penang Kini telah memuat naik tiga gambar mengenai kejadian langgar lari yang berlaku di Pulau Pinang. Lelaki itu mengalami kecederaan di tangan setelah dilanggar oleh seorang pemandu MyVi, yang bertindak meninggalkan tempat kejadian tanpa mempedulikan mangsa.
Akibatnya, netizen telah bekerjasama mencari identiti pemilik kereta tersebut berdasarkan no plet kereta dan meminta mangsa membuat laporan polis.



Majoriti Netizen mengecam tindakan pemandu MyVi tersebut yang tidak bertanggungjawab. Ada di antara mereka berpendapat sekurang-kurangnya pemandu itu patut membawa mangsa ke klinik dan membiayai kos rawatan mangsa.
Ada di antara netizen berjaya mengesan nama, alamat dan nombor kad pengenalan pemilik MyVi tersebut serta meletakkan gambar rumah pemilik tersebut di ruangan komen.
Ada juga yang menasihati mangsa untuk membuat laporan polis supaya polis menjalankan siasatan terhadap pemandu tersebut.
Status yang dikongsi oleh Penang Kini itu kini mendapat 3,300 likes dan lebih 2,600 shares. – amazingnara.com
Sumber: Penang Kini