Tidak semua yang kita mahukan, perlu dimiliki. Tetapi ada sesetengah individu tidak dapat menerima kenyataan seperti itu kerana mereka merasakan ia sebagai satu kegagalan jika tidak memiliki.
Seperti kisah seorang wanita ini yang bernama Shiela (bukan nama sebenar), dia merupakan seorang wanita yang digilai ramai jejaka di kampungnya kerana mempunyai wajah yang cantik hingga ramai yang ingin mencuba biarpun tidak menyimpan hasrat untuk mencari pasangan.
Difahamkan dari mStar, wanita itu menyedari ramai yang ingin menjadikannya sebagai pasangan hidup. Namun ditolak kerana seandainya dia berkahwin, tiada siapa yang akan dapat membantu keluarganya.
Ada seorang lelaki yang sudah menghantar pinangan terhadap Shiela sebanyak dua kali, namun kedua-dua pinangan tersebut ditolak oleh wanita itu.
Sudah banyak kali saya terangkan kepadanya agar kami berkawan terlebih dahulu, tapi dia tetap berdegil membuatkan saya tawar hati dengannya.
Oleh kerana sudah dua kali ditolak pinangan, lelaki terbabit telah menyimpan dendam dan menghantar sihir kepada dirinya hinggakan badan wanita itu naik dengan bintik-bintik yang gatal dan berair jika digaru.
Sehingga kini, Shiela masih menderita kerana sihir yang dihantar, biarpun bintik-bintik menggerutu di wajah dan badan semakin hari beransur pulih.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.