Lelaki Belasah Skandal Isteri Di Klinik Serah Diri Pada Polis, Tidak Akan Pukul Isteri

Trending

Lelaki Belasah Skandal Isteri Di Klinik Serah Diri Pada Polis, Tidak Akan Pukul Isteri

Lelaki yang tular dalam satu video kerana membelasah seorang lelaki yang menjalin hubungan dengan isterinya memberitahu, isterinya telah curang dengannya selama lapan bulan. Namun dia memberitahu, dia tidak pernah ada rekod jenayah dan belum pernah memukul sesiapa, tetapi apa yang berlaku sewaktu dia membelasah lelaki yang dikatakan seorang doktor itu ialah kerana dia terlalu marah.

Saya belum gila nak pukul orang sebab saya tak pernah ada rekod jenayah sebelum ini. Tapi siapa tak marah kalau dengan bangganya doktor tu masuk rumah saya.

Mula-mula wife cakap (doktor) masuk ke dalam rumah untuk solat… tapi takkan solat selama tiga jam? Saya juga pernah warning doktor tu pada 19 September lalu minta jangan jumpa wife saya lagi.

Saya call dia dari Dubai. Tengok-tengok saya dapat video bukti mereka masih lagi berjumpa sehari selepas saya call dia. Apa awak rasa?

Doktor terbabit, di kiri gambar

Aiman Ariff, 32, juga menafikan bahawa dia seorang yang cemburu, sebaliknya dia mempunyai hak mengambil berat terhadap isterinya memandangkan dia bekerja jauh di Dubai. Isu yang sebenar ialah isterinya telah curang terhadapnya:

Dakwaan tu tak betul. Seorang suami yang jauh sentiasa akan bertanya, ambil berat isteri sebab saya tak ada di sisi dia.

Tapi mungkin bagi dia ambil berat dan pertanyaan itu adalah trust issue. Bagi saya itu cara seorang suami menyayangi isterinya.

Saya tak rasa ini isu jealous tetapi curang… isteri orang curang dengan suami orang. Mana keadilan saya seorang yang dianiaya.

Malah pendedahan kecurangan itu dibuat oleh ibu mertua Aiman sendiri. Perhubungan antara keduanya dibuktikan dengan pelbagai cara. antaranya kad akses, video pengakuan, malah resit hotel:

Sejujurnya isteri saya dah curang dekat lapan bulan. Saya dapat tahu pun dari mak mentua saya kerana dia tidak mahu bersubahat.

Isteri minta cerai sejak dari awal tahun lagi. Dia juga pernah block nombor telefon saya selama tiga bulan. Waktu tu dia sedang hangat bercinta dengan doktor tu tapi saya tak ada bukti ketika itu.

Sebab tu saya berdiam diri dan bertanya mana salah saya. Selepas solat istikharah Alhamdulillah semua terbongkar. Saya ada semua bukti. Access card keluar masuk, video CCTV, video pengakuan mereka berdua termasuklah resit hotel.

Walaupun terlalu marah, dia tak memukul isterinya kerana ia perbuatan dayus:

Saya tak pukul dia. Dayus kalau lelaki pukul perempuan. Macam mana jahil pun jangan pukul perempuan.

Tipulah saya tak sayang isteri saya lagi. Tapi menipu itu adalah pilihan. Jangan pernah salahkan orang lain kerana itu pilihan awak.

Dia juga mengakui apa yang telah dilakukannya bukanlah sesuatu yang patut dicontohi:

Saya tak cakap apa saya buat tu betul. Sebab tulah lepas pukul doktor tu saya sendiri ke balai untuk serah diri.

Dia menambah, salinan skrin mendakwa penjelasan dari adik isterinya, Intan, 28, yang disebarkan di Twitter adalah palsu:

Saya dapat mesej dari adik kedua wife beritahu tidak tahu-menahu mengenai tweet yang tular di Twitter. Setahu saya dia tak ada Twitter.

Kalau tweet tu adik dia yang buat takkan mak mentua dan adik-beradik wife mesej bagi semangat dekat saya.

Advertisement

Aiman, telah memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang dan diwakili peguamnya, Randy Chew. – amazingnara.com via mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...