Lelaki Belasah Bekas Isteri Dan Ayah Mentua Dibebaskan, Netizen Bantu Tuntut Keadilan

Trending

Lelaki Belasah Bekas Isteri Dan Ayah Mentua Dibebaskan, Netizen Bantu Tuntut Keadilan

Baru-baru ini telah tular kes seorang lelaki yang memukul bekas isteri dan bapa mentua nya di laman sosial. Kejadian yang disyaki berlaku akibat konflik rumahtangga mereka. Kes ini telah mendatangkan kecederaan bukan sahaja pada bekas isterinya tetapi juga ayah mentua lelaki tersebut.

Menurut mangsa, Nur Hidayah kejadian berlaku di sebuah bengkel apabila wanita tersebut dan ayahnya memberhentikan kereta kerana berlaku masalah pada tayar. Mereka kemudian diserang oleh bekas suaminya yang bertindak memukul ayah mertuanya sebelum dibantu orang awam.

Advertisement

Selepas laporan polis dilakukan, suspek dibebaskan atas jaminan polis pada hari yang sama atas faktor kesihatan selepas mengemukakan surat rujukan perubatan.

“Hasil laporan penuh perubatan yang dikemukakan suspek telah diterima oleh pihak saya dan laporan kes ini akan dirujuk kepada kepada Timbalan Pendakwa Raya.”

Selepas berita suspek bebas dengan jaminan polis, rata-rata netizen melahirkan rasa tidak puas hati dengan apa yang berlaku. Bukan sahaja suspek kini bebas tetapi keselamatan mangsa dan keluarga turut dipertikaikan.




Harapnya lepas ni tindakan sewajarnya dapat diambil untuk kes macam ini. Bahaya kalau dibiarkan individu macam ini bebas macam tu sahaja. Lagi-lagi disebabkan lelaki ini berkhidmat sebagai seorang doktor. 

Sumber: Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...