Lelaki Bawa Jenazah Ibu Naik Motosikal Kerana Mahu Kebumikan Sendiri

Trending

Lelaki Bawa Jenazah Ibu Naik Motosikal Kerana Mahu Kebumikan Sendiri

Video seorang lelaki di Indonesia dilihat membawa sebujur jenazah ibunya dengan menaiki motosikal kini kian tular di media sosial.

Laporan Tribun News memaklumkan, lelaki yang berasal dari Desa Kedunglengkong, Indonesia itu difahamkan mengalami gangguan mental sehingga bertindak membawa jenazah berkenaan untuk dikebumikan secara sendiri.

Advertisement

Menurut Ahmad Masdar Tohari selaku Wakil Ketua Polis Boyolali menegaskan, pihak menerima laporan daripada orang ramai berkenaan hal tersebut.

Untuk rekod, ibunya disahkan meninggal dunia di rumah anak perempuannya dan dibawa menggunakan motosikal secara melintang di bahagian belakang.

Curiga dengan keadaan yang berlaku, orang kampung khabarnya membantu pengurusan jenazah sehingga selesai dikebumikan di Tanah Perkuburan Sucen Timur.

Video berdurasi 48 saat yang dimuat naik pada Khamis lalu sehingga kini tidak henti-henti mendapat perhatian netizen, malah ramai juga yang menzahirkan rasa terkejut dengan perkhabaran tersebut.

Sumber: Tribun News, Info 24 Jam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...