Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Lelaki Bantu Kerja Rumah Bukan Pondan – Chef Wan

Yeah~~~~~ Terbaik ah Chef Wan. Inilah yang Abang Nara tunggu selama ini. Kaum Hawa pasti seronok dan akan ‘forward’ kenyataan penuh bermakna daripada Chef Wan ini kepada suami tersayang. Lebih-lebih lagi kalau si suami jenis malas nak tolong kemas rumah. Sememangnya lelaki berbangsa Melayu sejak dulu lagi agak kurang membantu isteri mereka apabila berada di rumah. Mentaliti lelaki di rumah adalah ‘raja’ dan tak perlu buat apa-apa masih lagi bertakhta di segolongan besar orang kita terutamanya mereka yang berusia.

chef wan

Advertisement

Namun daripada pemerhatian, lelaki yang lebih kurang sama umur dengan Abang Nara (31 tahun) sudah semakin rajin membantu isteri mereka. Malah makin ramai yang menjadi househusband. Tolong jaga anak, masak, kemas rumah, basuh baju dan sebagainya. Mentaliti sudah semakin berubah berbanding dahulu. Bak kata Chef Wan, buat kerja rumah bukan bermaksud kita sebagai lelaki adalah lembut atau dipijak kepala oleh isteri. Sebaliknya ia adalah satu sikap yang terpuji.

Tidak semestinya lelaki yang membuat kerja rumah dianggap lemah dan lembut. Mereka berbuat demikian bagi membantu isteri yang mungkin penat setelah bekerja di pejabat. Bagaimanapun dalam masyarakat kita persepsi demikian masih terjadi sedangkan iatidak pernah wujud di negara Barat. Melalui pengalaman sendiri, saya dapati apabila melakukan kerja-kerja rumah ia bukan menyenangkan, malah menyihatkan badan.

chef wan

Secara jujur, Abang Nara pun kadang-kadang malas juga nak menolong isteri mengemas rumah. Tetapi tak adalah sampai tak tolong langsung. Bila isteri minta tolong, Abang Nara akan terus bangkit dan membantu apa yang patut. Paling kurang pun Abang Nara akan tolong jaga anak sementara isteri membuat kerja-kerja rumah. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda sekadar menjadi pemerhati? Marilah kita sebagai kaum Adam meringankan tulang dan membantu isteri. Mereka juga penat bekerja seperti kita. Tak gitu? Sumber Harian Metro
hijriahhomeP.S: Susah nak cari baju muslimah PLUS SIZE? HIJRIAHOME kan ada! Sekarang ada promosi BELI 1 DAPAT 50% DISKAUN UNTUK 2nd ITEM! Kunjungi butik HIJRIAHOME di Bdr Sri Permaisuri atau Whatsapp 0182775200 untuk buat tempahan. Penghantaran Online PERCUMA seluruh Malaysia! Follow Instagram HIJRIAHOME untuk dapatkan latest updates. Alamat butik: 55-2, Jln Sri Permaisuri 9, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, KL. Website: www.hijriahome.com

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top