Lelaki Amuk Ketika Proses Tangkapan: 4 Anggota Polis Cedera Ditetak, Suspek Meninggal Dunia

Kehidupan

Lelaki Amuk Ketika Proses Tangkapan: 4 Anggota Polis Cedera Ditetak, Suspek Meninggal Dunia

Dalam kejadian yang berlaku di Sungai Petani, empat anggota polis dilaporkan mengalami kecederaan ketika dalam proses menahan seorang lelaki di Taman Utama.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, ketika kejadian itu suspek berusia 32 tahun itu mengamuk dan telah menghayunkan parang menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.

Advertisement

rumah suspek amuk Sungai Petani

Kesemua anggota polis terbabit berusia antara 30 hingga 50-an dan dilaporkan mengalami kecederaan di kepala, tangan, bahu serta pinggul.

Bagaimanapun, dua anggota polis yang berusia 40-an dan 50-an masih dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), manakala dua lagi anggota yang berusia 20-an sudah dibenarkan keluar hospital.

Suspek pula disahkan meninggal dunia pada 1.04 pagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sementara itu, penyanyi rap Caprice menerusi hantaran di media sosial berkongsi tentang suspek yang sedang disiasat selepas didakwa menghantar video tidak elok kepada wanita.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ariz Ramli (@capricedaddycap)

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suami isteri kejar suspek lepaskan tembakan di rumah mereka
1 week ago

Suami Isteri Nekad Kejar 3 Lelaki Selepas Hampir Jadi Mangsa Bunuh, 6 Das Tembakan Dilepaskan Di Rumah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Astro Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...